← Kembali ke Promosi

Promosi Pelancaran

Radar Anti
Terpedaya™

Lebih Teliti. Lebih Berhati-hati. Lebih Sukar Terpedaya.

HARGA KHASRM100SAH SEHINGGA5 September 2026
Poster promosi Radar Anti Terpedaya

Scammer sekarang semakin canggih — dan kadang-kadang mereka hanya perlukan kita terlepas pandang satu detail penting.

Logo mungkin nampak betul, ayat meyakinkan, nama hampir sama dan laman web pula kelihatan seperti yang asli. Risiko boleh bermula daripada satu huruf yang berbeza pada alamat laman web, nama penerima yang tidak disemak, nombor akaun yang disangka betul atau mesej mendesak yang membuatkan kita bertindak terlalu cepat.

Perkara yang sama boleh berlaku dalam rutin harian. Kita mungkin memahami sesuatu arahan, tetapi satu bahagian kecil tetap terlepas kerana fikiran cepat menangkap apa yang dirasakan paling penting.

Apa itu Radar Anti Terpedaya™?

Radar Anti Terpedaya™ ialah setting yang bertujuan mensinkronisasikan beberapa bahagian otak supaya kita lebih cenderung untuk membaca dengan teliti, memberi perhatian kepada detail, membuat semakan dan berhati-hati sebelum bertindak.

Daripada “Dah faham… teruskan” kepada “Kejap… semak dulu.”

Selepas setting, perkara kecil yang biasanya diabaikan mungkin terasa lebih perlu diperhatikan. Jika sesuatu kelihatan tidak kena atau tidak konsisten, kita mungkin lebih terdorong untuk memeriksanya sekali lagi.

Kegunaan dalam situasi harian

  • Menyemak nombor akaun sebelum membuat pindahan wang.
  • Memastikan nama penerima betul.
  • Membaca arahan sampai habis.
  • Memeriksa pautan atau alamat laman web.
  • Membaca syarat atau dokumen penting dengan lebih teliti.
  • Menyedari perubahan kecil pada sesuatu maklumat.
  • Membuat semakan sekali lagi sebelum mengambil tindakan.

Bagaimana setting dibuat?

Setting dipasang pada konfigurasi 50% sehingga maksimum 75% di atas baseline individu. Instalasi dihadkan kepada tahap ini kerana dalam peringkat pengujian, konfigurasi yang terlalu tinggi didapati boleh menyebabkan ketidakselesaan pada sesetengah orang seperti kepala terasa berdenyut, pening atau mual.

Jika anda terasa tidak selesa selepas instalasi, maklumkan kepada kami supaya setting boleh disesuaikan.

Penawaran khas pelancaran

Servis ini masih baharu dan kami masih belum mengetahui sama ada hasil instalasinya boleh bertahan secara kekal pada semua orang. Oleh itu, harga khas pelancaran ialah RM100 sahaja sehingga 5 September 2026. Selepas tarikh tersebut, harga servis menjadi RM500.

  • Bayaran boleh dibuat secara ansuran.
  • Jaminan pengulangan instalasi selama 1 tahun.

Nak cuba dahulu?

Trial percuma selama 3 hari disediakan melalui posting rasmi pelancaran di Facebook. Untuk mendapatkannya, kedua-dua langkah berikut perlu dibuat:

  1. Share posting Radar Anti Terpedaya™.
  2. Tulis “ingin trial” di ruangan komen posting tersebut.

Selepas kedua-dua syarat dipenuhi, trial akan mendapat autorisasi untuk aktif secara automatik selama 3 hari. Dalam tempoh tersebut, perhatikan sama ada anda lebih teliti membaca, lebih peka kepada detail dan lebih kerap membuat semakan sebelum mengambil tindakan.

Buka Facebook rasmi BioMetaphysica Malaysia ↗

Nota penting

Radar Anti Terpedaya™ bukan jaminan bahawa seseorang tidak akan ditipu. Tujuannya adalah untuk meningkatkan ketelitian dan kecenderungan berhati-hati sebelum bertindak. Teruskan amalan keselamatan biasa: semak penerima, nombor akaun, pautan dan maklumat melalui saluran rasmi sebelum membuat keputusan.

WA