Ramai Bertanya... Macam Mana Sebenarnya Proses Rawatan Jarak Jauh?
Sejak saya menawarkan servis bioenergi secara jarak jauh, antara soalan yang paling kerap saya terima ialah...
“Saya kena buat apa semasa rawatan?”
Sebenarnya...
Tak perlu buat apa-apa pun. 😊
Selepas membuat pembayaran, anda hanya perlu menghantar kepada saya:
- Nama penuh
- Gambar muka
Selepas itu saya akan membalas:
“Terima kasih, saya proses.”
Itu sahaja.
Teruskan aktiviti seperti biasa
Selepas itu, anda boleh teruskan aktiviti harian seperti biasa.
Pergi kerja.
Memasak.
Berehat.
Tidur.
Menonton TV.
Pendek kata, jalani sahaja rutin harian anda seperti biasa.
Kecuali jika saya ada memberikan arahan tertentu.
Kalau tiada apa-apa arahan daripada saya, maknanya anda tidak perlu melakukan apa-apa.
Ramai juga bertanya...
“Perlu baring? Perlu pejam mata? Perlu fokus?”
Jawapannya...
Tidak perlu.
Makluman perkembangan proses
Selepas proses bermula, saya akan memaklumkan perkembangannya dari semasa ke semasa.
Kadang-kadang saya akan menghantar mesej:
“Done.”
Kadang-kadang pula saya akan beritahu:
“In Progress... anggaran lagi 8 jam selesai.”
Tempoh setiap orang tidak sama.
Ada yang siap sekitar 8 jam.
Ada yang mengambil masa 12 jam.
Ada juga yang memerlukan sehingga 24 jam.
Ia bergantung kepada keadaan individu dan jenis servis yang sedang diproses.
Kalau tidak rasa apa-apa
Ada juga yang bertanya...
“Kalau saya tak rasa apa-apa, adakah rawatan tak menjadi?”
Tidak semestinya.
Ada yang merasakan badan menjadi hangat, berdenyut atau mengantuk.
Ada juga yang tidak merasakan apa-apa langsung.
Kedua-duanya adalah perkara yang biasa.
Yang penting, anda tidak perlu risau atau menunggu di depan telefon sepanjang proses berlangsung.
Bila selesai, saya sendiri akan memaklumkan kepada anda.
Mudah, kan?
Sebab itu saya selalu kata...
Rawatan bioenergi secara jarak jauh tidak mengganggu rutin harian anda. Anda teruskan sahaja kehidupan seperti biasa, selebihnya biar saya yang uruskan.
Maklumat tambahan untuk servis tertentu
Nama penuh dan gambar wajah ialah keperluan asas bagi kebanyakan servis individu. Namun, sesetengah servis mungkin memerlukan maklumat tambahan seperti alamat, gambar lokasi, keluasan kawasan atau gambar item. Keperluan khusus akan dimaklumkan mengikut servis yang dipilih.
Nota penting
Servis Bioenergi jarak jauh diterangkan berdasarkan kerangka amalan Bioenergi dan metafizik. Ia bukan pengganti pemeriksaan, diagnosis, rawatan perubatan, bantuan psikologi, langkah keselamatan fizikal atau khidmat profesional lain yang diperlukan.


