Servis Bioenergi Rasmi · Malaysia

Tentang

Tentang Pengasas BioMetaphysica Malaysia.

BioMetaphysica Malaysia diasaskan oleh Zamzul Nizam, seorang pengamal Bioenergi dan energy healing yang turut dikenali sebagai Master Nizam dan Mohd Nizam di Facebook. Ada juga yang mengenalinya dengan gelaran Lentarang Seribu.

Simbol rasmi BioMetaphysica Malaysia pada latar navy
BIOMETAPHYSICA MALAYSIA

Pengasas BioMetaphysica Malaysia

Pengalaman dalam Bioenergi dan pelbagai sistem energy healing.

Beliau merupakan seorang pengamal energy healing yang telah mempelajari dan mengamalkan pelbagai pendekatan berkaitan Bioenergi, Reiki, Kundalini, ilmu energi dan tenaga dalam.

Dalam bidang Reiki, beliau merupakan seorang Usui Reiki Master serta turut mempelajari beberapa aliran dan varian Reiki yang lain. Beliau juga merupakan seorang Kundalini Master dan Master Bioenergy Healing, di samping mendalami beberapa sistem ilmu energi dan tenaga dalam daripada pelbagai jalur pembelajaran.

Selain itu, beliau juga merupakan seorang Pendulum Master, Radionic Practitioner dan Tarot Card Reader. Bidang-bidang ini menjadi sebahagian daripada pengalaman beliau dalam penerokaan sistem pembacaan energi, radiesthesia dan pendekatan metafizik.

Reiki

  • Usui Reiki Master
  • Beberapa aliran dan varian Reiki

Sistem Tenaga

  • Kundalini Master
  • Master Bioenergy Healing
  • Ilmu energi dan tenaga dalam

Pembacaan & Metafizik

  • Pendulum Master
  • Radionic Practitioner
  • Tarot Card Reader
  • Radiesthesia

Pengalaman, pembelajaran dan penyelidikan beliau dalam bidang-bidang tersebut menjadi sebahagian daripada asas kepada pembangunan servis serta kandungan pendidikan di BioMetaphysica Malaysia.

Padepokan Daya Qudrot Ilahi

Selain BioMetaphysica Malaysia, Zamzul Nizam juga merupakan pengasas Padepokan Daya Qudrot Ilahi. Dalam padepokan ini, beliau menggunakan nama gelaran Ki Ageng Panca Sukma dan berperanan sebagai Guru Besar di Malaysia.

Padepokan Keramat Satria Banten

Beliau juga merupakan pengasas Padepokan Keramat Satria Banten. Dalam padepokan ini, beliau menggunakan nama gelaran Ki Sabdo Kencana Agung.

Melalui BioMetaphysica Malaysia, beliau menyusun pengetahuan dan perkhidmatan berkaitan Bioenergi secara lebih teratur supaya masyarakat boleh memahami tujuan, pendekatan dan cara penggunaannya sebelum membuat pertimbangan.

Setiap servis Bioenergi yang diterangkan di website ini merupakan satu bentuk ikhtiar berdasarkan kerangka dan sistem yang digunakan. Ia tidak menggantikan pemeriksaan, diagnosis, rawatan perubatan atau nasihat daripada profesional kesihatan.