Servis Bioenergi Rasmi · Malaysia

Soalan Lazim

Jawapan kepada perkara yang sering ditanya.

Ketahui cara servis jarak jauh dijalankan, maklumat yang diperlukan dan perkara yang boleh dijangkakan sepanjang proses.

01Bagaimanakah servis jarak jauh dijalankan?+
Selepas tempahan dan pembayaran disahkan melalui WhatsApp, pelanggan menghantar maklumat yang diperlukan. Kami akan memaklumkan apabila proses dimulakan dan apabila ia selesai. Pelanggan boleh meneruskan rutin harian seperti biasa. Baca penerangan lengkap →
02Apakah maklumat yang perlu diberikan?+
Bagi kebanyakan servis individu, maklumat asas ialah nama penuh dan gambar wajah terkini. Servis tertentu mungkin memerlukan maklumat tambahan seperti alamat, gambar lokasi, keluasan kawasan, gambar item atau arahan khusus. Rujuk halaman servis atau tanya melalui WhatsApp. Cara maklumat ini dikendalikan diterangkan dalam Privasi & Data Pelanggan →
03Adakah saya perlu baring, pejam mata atau fokus?+
Tidak perlu. Anda boleh bekerja, memasak, berehat, tidur atau menjalankan aktiviti harian seperti biasa, kecuali jika arahan khusus diberikan untuk servis tertentu.
04Berapa lamakah proses mengambil masa?+
Tempoh berbeza mengikut individu dan jenis servis. Sesetengah proses boleh mengambil masa sekitar 8 jam, 12 jam atau sehingga 24 jam. Anggaran perkembangan akan dimaklumkan melalui WhatsApp apabila berkenaan.
05Bagaimana jika saya tidak merasakan apa-apa?+
Pengalaman setiap orang berbeza. Ada yang melaporkan rasa hangat, berdenyut atau mengantuk, dan ada yang tidak merasakan sebarang sensasi. Sensasi fizikal bukan ukuran tunggal bagi proses tersebut. Makluman akan diberikan apabila proses selesai.
06Adakah servis bersifat kekal atau sementara?+
Ia bergantung kepada servis. Ada yang aktif selama satu bulan dan perlu diperbaharui, manakala servis tertentu diberikan sebagai setting permanent. Tempoh sebenar dinyatakan pada setiap halaman servis.
07Bagaimana memilih servis yang sesuai?+
Baca tujuan, skop, harga dan nota penting pada halaman servis. Jika beberapa servis kelihatan hampir sama atau anda masih tidak pasti, hubungi kami melalui WhatsApp untuk mendapatkan penerangan sebelum membuat keputusan.
08Bagaimanakah proses tempahan dibuat?+
Pilih servis dan hubungi kami melalui WhatsApp rasmi. Servis, jumlah bayaran dan maklumat yang diperlukan akan disahkan terlebih dahulu. Selepas itu, ikuti arahan pembayaran dan tunggu pengesahan bahawa proses telah dimulakan.
09Berapa lama masa untuk menerima balasan?+
Semua mesej dijawab mengikut giliran. Tempoh respons dan pelaksanaan bergantung pada jumlah permintaan serta jenis servis. Jika sesuatu servis memerlukan tempoh tertentu, anggaran akan dimaklumkan melalui WhatsApp apabila berkenaan.
10Bagaimanakah pembayaran dibuat?+
Semua urusan pembayaran bagi pelanggan Malaysia, Singapura dan Brunei perlu disahkan melalui WhatsApp rasmi terlebih dahulu. Kaedah pembayaran serta maklumat akaun hanya diberikan selepas servis dan jumlah bayaran dipersetujui. Jangan membuat bayaran kepada mana-mana akaun yang tidak disahkan melalui WhatsApp rasmi kami.
11Bolehkah saya membuat tempahan untuk orang lain?+
Boleh dipertimbangkan selepas maklumat berkaitan diberikan melalui WhatsApp rasmi. Keperluan persetujuan individu bergantung pada jenis servis dan keadaan kes, dan akan dimaklumkan sebelum tempahan disahkan.
12Bolehkah bayaran dikembalikan?+
Servis dianggap telah mula diproses apabila pelanggan menerima pengesahan melalui WhatsApp seperti “Baik, saya proses.” Bayaran tidak boleh dikembalikan selepas pengesahan tersebut diberikan. Jika pengesahan belum diberikan, sebarang pembatalan atau kesilapan pembayaran perlu dimaklumkan melalui WhatsApp rasmi untuk semakan berdasarkan keadaan kes.
13Adakah hasil servis dijamin?+
Respons dan pengalaman setiap individu boleh berbeza. Servis Bioenergi ialah ikhtiar sokongan dan tidak menjanjikan atau menjamin hasil tertentu. Sebarang jaminan teknikal yang dinyatakan pada servis tertentu, seperti tempoh aktif atau pengulangan instalasi, merujuk kepada skop yang diterangkan pada halaman servis tersebut.