Servis Bioenergi Rasmi · Malaysia
← Kembali ke katalog

081 • Katalog Rasmi

Ilmu Pulih Fikir Jaka Tingkir

Pemasangan kekal untuk membantu mengembalikan kesegaran, kesiapsiagaan dan prestasi fikiran apabila fikiran sudah penat kerana terlalu banyak digunakan.

RUJUKAN SERVIS081HARGA MALAYSIAPersonal RM130; Terapis RM360
Poster rasmi Ilmu Pulih Fikir Jaka Tingkir dengan pilihan pemasangan Personal RM130 dan Terapis RM360
Poster rasmi Ilmu Pulih Fikir Jaka Tingkir · BioMetaphysica Malaysia
Nota penting

Servis ini ialah ikhtiar pelengkap berasaskan Bioenergi. Ia bukan pengganti pemeriksaan, diagnosis, ubat atau rawatan daripada profesional kesihatan. Dapatkan rawatan perubatan bagi simptom yang serius, berterusan atau memerlukan perhatian segera.

Pemasangan kekal

Personal — RM130

Terapis — RM360

Asal Adaptasi Keilmuan

Selepas mengkaji kisah hidup Jaka Tingkir, seorang tokoh yang dikenali sebagai pemimpin negara, ketua keluarga dan pengamal ilmu kebatinan, ada satu persoalan yang menarik perhatian.

Bagaimana seseorang yang memikul tanggungjawab besar masih mampu mengurus pemerintahan, menyusun strategi, membuat keputusan, mengurus keluarga dan pada masa yang sama terus berkultivasi serta mempraktikkan pelbagai ilmu yang dimilikinya?

Daripada pengkajian guru saya terhadap riwayat beliau, ditemukan satu kemampuan unik yang dipercayai dimiliki Jaka Tingkir. Bukan ilmu kebal dan bukan ilmu untuk menambah kekuatan fizikal, tetapi satu kemampuan yang berkaitan dengan memulihkan keadaan fikiran setelah terlalu banyak digunakan.

Daripada kemampuan inilah kami mengadaptasi satu keilmuan yang dinamakan Ilmu Pulih Fikir.

Penerangan tentang Jaka Tingkir di sini ialah latar tradisi dan kerangka adaptasi keilmuan ini, bukan tuntutan sejarah yang telah disahkan secara saintifik.

Saya Sendiri Menggunakannya

Saya mempunyai kerjaya profesional dan perlu menguruskan pasukan di tempat kerja. Dalam masa yang sama, saya menjalankan perniagaan sendiri, menguruskan klien, media sosial, website dan pelbagai urusan lain yang memerlukan saya sentiasa berfikir dan membuat keputusan.

Sebagai perawat, saya juga perlu memperuntukkan masa untuk amalan seperti meditasi dan zikir, membuat kajian yang masih tertangguh, melakukan pengisian kepada klien, menjalankan long-distance healing dan beberapa kerja rawatan lain.

Kadang-kadang semuanya berlaku pada hari yang sama. Kerja pejabat, bisnes, urusan klien, website, media sosial dan kerja sebagai perawat masing-masing memerlukan keadaan mental yang berbeza.

Apabila fikiran mula terasa penat kerana terlalu banyak digunakan, saya mengaktifkan Ilmu Pulih Fikir untuk membantu mengembalikan keadaan fikiran supaya kembali segar dan bersedia bagi tugas seterusnya.

Apa Sebenarnya yang Dipulihkan?

Bayangkan telefon kita. Baterinya masih ada dan telefon tidak rosak, tetapi terlalu banyak aplikasi serta proses telah berjalan sehingga sistem mula menjadi berat.

Dalam keadaan itu, kita bukan memerlukan bateri tambahan. Kita perlu clear memory dan processes supaya sistem kembali segar untuk bekerja.

Lebih kurang begitulah konsep Ilmu Pulih Fikir.

Ia bukan menjadikan seseorang lebih pandai. Ia juga tidak memberikan ilmu, idea atau pengetahuan yang belum dimiliki.

Ia bertujuan membantu mengembalikan kesegaran, kesiapsiagaan dan prestasi fikiran apabila fikiran sudah penat kerana terlalu banyak digunakan.

Contohnya, sejak pagi seseorang sudah menyelesaikan masalah, membuat keputusan, menjawab soalan, menyusun rancangan dan memikirkan pelbagai perkara. Menjelang petang, badan masih mampu beraktiviti tetapi fikiran terasa berat apabila perlu memikirkan satu lagi perkara dengan teliti.

“Aduh, otak dah penat.”

Itulah keadaan yang dimaksudkan.

Bukan untuk Overthinking

Ilmu Pulih Fikir bukan ditujukan kepada keadaan seseorang yang tidak boleh berhenti overthinking sehingga sukar berehat atau tidur.

Ia ditujukan kepada orang yang boleh berfikir dengan normal dan baik, tetapi terlalu banyak perkara perlu difikirkan setiap hari sehingga fikiran menjadi penat.

Bukan fikiran tak boleh berhenti. Fikiran dah penat bekerja.

Quick Start Waktu Pagi

Ada orang yang sudah bangun tidur tetapi fikirannya mengambil masa untuk “loading”. Ilmu Pulih Fikir boleh digunakan sebagai quick start.

Dalam kerangka penggunaan ilmu ini, keadaan mental dan fikiran boleh menjadi lebih bersedia sekitar 1 hingga 2 minit selepas pengaktifan, walaupun pengalaman setiap individu boleh berbeza.

Bezanya dengan Tenaga & Stamina Instan

Perbezaannya mudah:

  • Jika badan terasa lemah, tenaga cepat habis atau stamina fizikal tidak mencukupi, gunakan Tenaga & Stamina Instan.
  • Jika badan masih mampu beraktiviti tetapi fikiran sudah penat, berat atau prestasinya mula menurun selepas terlalu banyak digunakan, gunakan Ilmu Pulih Fikir.
  • Dalam sesetengah keadaan, seseorang mungkin memerlukan kedua-duanya.

Siapa yang Sesuai?

Ilmu Pulih Fikir mungkin paling mudah dimanfaatkan oleh mereka yang banyak menggunakan fikiran dalam kehidupan harian:

  • Usahawan, eksekutif, profesional dan pengurus.
  • Individu yang banyak membuat keputusan atau bekerja dengan analisis dan strategi.
  • Mereka yang belajar sambil bekerja.
  • Ibu bapa yang menguruskan pelbagai tanggungjawab.
  • Perawat yang perlu mengekalkan kejernihan fikiran ketika mengurus klien dan amalan.
  • Sesiapa yang setiap hari mempunyai terlalu banyak perkara “dalam kepala”.

Ia boleh digunakan oleh lelaki dan wanita yang sudah mencapai akil baligh.

Cara Menggunakannya

Selepas pemasangan kekal, pemahar hanya perlu membuat pengaktifan apabila diperlukan.

Password dan kaedah pengaktifan tidak dipaparkan secara terbuka. Ia hanya diberikan kepada pemahar bersama panduan penggunaan.

Untuk quick start pada waktu pagi, biasanya cukup diaktifkan sekali. Jika digunakan untuk recovery ketika aktiviti masih panjang, ia boleh diaktifkan kembali setiap kali keadaan fikiran mula terasa menurun.

Jangan Gunakan untuk Memaksa Diri

Ilmu Pulih Fikir bukan pengganti tidur atau rehat.

Semakin lama seseorang memaksa diri terus bekerja, tempoh kesannya boleh menjadi semakin pendek. Contohnya, ilmu ini diaktifkan ketika bekerja lewat malam. Selepas beberapa ketika fikiran mula penat semula dan perlu diaktifkan sekali lagi.

Jika akhirnya kesannya hanya mampu bertahan sekitar 30 minit, anda sangat tidak digalakkan untuk terus bekerja. Itu petanda keadaan fizikal sudah tidak lagi menyokong aktiviti tersebut dan badan benar-benar memerlukan rehat.

Berhenti. Rehat. Kalau mengantuk, tidurlah.

Selepas badan mendapat rehat yang mencukupi, keadaan penggunaan akan kembali normal.

Begitu juga ketika memandu. Jangan gunakan Ilmu Pulih Fikir untuk memaksa diri terus memandu apabila badan sudah mengantuk atau terlalu letih. Berhenti di tempat yang selamat dan berehat.

Pantangan

Pengambilan bahan atau aktiviti yang menyebabkan ketagihan boleh menyebabkan Ilmu Pulih Fikir tidak berfungsi dengan baik.

Pilihan Pemasangan Kekal

Personal — RM130

Untuk digunakan pada diri sendiri bila-bila masa apabila diperlukan.

Terapis — RM360

Boleh digunakan untuk diri sendiri dan membantu orang lain.

Untuk penggunaan kepada orang lain, pemahar perlu berada dalam jarak dekat, menghalakan tangan ke arah penerima dan melakukan pengaktifan mengikut kaedah yang diberikan. Tidak memerlukan sentuhan fizikal.

Versi Terapis tidak boleh digunakan dari jarak jauh.

Panduan lengkap akan diberikan selepas pemasangan.

Tempahan

Personal — RM130

Terapis — RM360

WhatsApp 019-336 0445 untuk pertanyaan atau tempahan.

Nota Penting

Ilmu Pulih Fikir diterangkan dalam kerangka keilmuan spiritual dan Bioenergi. Pengalaman setiap individu boleh berbeza.

Ia bukan rawatan untuk penyakit otak atau gangguan kesihatan mental dan tidak menggantikan tidur, rehat, pemeriksaan, diagnosis atau rawatan profesional.