Servis Bioenergi Rasmi · Malaysia
← Kembali ke Sorotan Servis

Sorotan Servis

Bila Ilmu Semakin Tinggi, Cabaran Terbesar Mungkin Datang dari Dalam Diri

Cabaran dalaman bagi healer, pengamal Bioenergi, Reiki, metafizik dan spiritualist

Kalau anda biasa membaca cerita kultivasi China atau xianxia, mungkin pernah jumpa satu istilah:

心魔 — XINMO

Biasanya diterjemahkan sebagai “Heart Demon” atau “Inner Demon”.

Dalam dunia kultivasi, ia merujuk kepada sesuatu yang sangat menarik.

Seorang cultivator mungkin semakin kuat. Ilmunya bertambah. Kemampuannya meningkat.

Tapi dalam masa yang sama, dia boleh semakin terganggu oleh perkara yang ada dalam dirinya sendiri.

Obsesi. Ketakutan. Dendam. Keinginan. Rasa terlalu hebat. Keraguan. Emosi yang tak selesai.

Dalam sesetengah cerita, semua ini digambarkan sampai seolah-olah muncul sebagai suara, ilusi atau “musuh” yang perlu dihadapi ketika seseorang mahu menembusi tahap kultivasi yang lebih tinggi.

Sudah tentu, xianxia ialah genre fiksyen.

Tapi perbincangan tentang halangan batin bukan sekadar milik novel moden. Dalam pelbagai tradisi latihan dalaman, keadaan fikiran dan diri seseorang memang diberi perhatian kerana ia boleh mengganggu perjalanan latihannya.

Dan ada satu perkara yang saya rasa sangat menarik:

Semakin jauh seseorang melatih dirinya, semakin penting dia menjaga keadaan dalam dirinya sendiri—bukan sekadar mengejar kemampuan.

Dalam Dunia Spiritual Pun Saya Rasa Perkara Ini Relevan

Saya pernah jumpa ramai orang yang sangat berminat dengan healing, Bioenergi, metafizik dan ilmu spiritual.

Bila baru belajar, biasanya kita sangat berhati-hati. Kita banyak bertanya. Kita sedar kita masih banyak tak tahu.

Tapi bila dah mula ada pengalaman, dah mula boleh buat sesuatu dan dah mula orang datang minta bantuan, kadang-kadang satu perkara lain mula muncul perlahan-lahan.

Ego.

“Aku dah tahu.”

“Aku boleh nampak benda orang lain tak nampak.”

“Cara aku yang betul.”

“Kalau orang tak percaya, dia belum sampai tahap aku.”

Yang ini sebenarnya jauh lebih bahaya daripada nampak hantu. 😅

Sebab kalau kita dah terlalu yakin dengan diri sendiri, kita mungkin berhenti memeriksa diri.

Pengalaman Spiritual Juga Boleh Buat Kita Silap

Kadang-kadang seseorang dapat satu rasa. Satu lintasan. Satu mimpi. Satu “bisikan”. Kemudian terus dianggap sebagai petunjuk.

Padahal belum tentu.

Boleh jadi memang pengalaman spiritual. Boleh jadi emosi sendiri. Boleh jadi keinginan sendiri. Boleh jadi ketakutan sendiri. Boleh jadi imaginasi.

Dalam kefahaman Islam, kita juga diajar bahawa manusia berdepan dengan bisikan dan godaan. Antaranya qarin daripada kalangan jin.

Dalam Sahih Muslim 2814a, Rasulullah ﷺ menerangkan bahawa setiap manusia mempunyai qarin daripada kalangan jin.

Tapi qarin bukan alat kawalan jauh manusia. Manusia tetap bertanggungjawab terhadap pilihannya.

Sebab itu bagi saya, seseorang yang mendalami dunia spiritual sebenarnya memerlukan satu perkara yang sangat penting:

KEJERNIHAN.

Xinmo Bukan Qarin

Saya kena jelaskan perkara ini.

Xinmo dalam tradisi kultivasi dan qarin dalam Islam bukan benda yang sama. Saya tidak menyamakan kedua-duanya.

Xinmo lebih dekat kepada gambaran halangan dalaman seperti obsesi, ketakutan, keinginan dan konflik batin. Qarin pula mempunyai konteks tersendiri dalam Islam sebagai pendamping yang dikaitkan dengan bisikan dan dorongan.

Tetapi kedua-dua perbincangan ini membawa kita kepada satu persoalan yang sama penting:

Kalau kemampuan kita berkembang, adakah kawalan terhadap diri kita turut berkembang?

Ini yang Ramai Orang Spiritual Terlepas Pandang

Kita sibuk belajar bagaimana nak menghantar energi, healing orang, meningkatkan sensitiviti, mengesan sesuatu dan menguatkan kemampuan.

Semua itu menarik. Tapi kita jarang bertanya:

  • Adakah aku semakin tenang?
  • Adakah aku semakin susah diprovokasi?
  • Adakah aku semakin mampu mengawal ego?
  • Adakah aku masih boleh menerima bila orang kata aku mungkin salah?
  • Adakah aku boleh membezakan antara intuisi dengan keinginan sendiri?
  • Adakah semakin tinggi kemampuan aku, semakin baik juga kawalan diri aku?

Seseorang boleh ada kemampuan spiritual yang tinggi tetapi masih kalah dengan marah, ego, rasa mudah tersinggung dan keinginan mengejar pengiktirafan.

Kalau begitu, kemampuan bertambah tetapi manusia di belakang kemampuan itu belum tentu berkembang bersama.

Kenapa Saya Galakkan Spiritualist Mempertimbangkan Benteng Bisikan Qarin

Bukan kerana seseorang spiritualist itu “lebih teruk” daripada orang lain. Bukan juga kerana belajar spiritual menyebabkan qarin menjadi lebih kuat. Saya tidak ada asas untuk mengatakan begitu.

Sebabnya lebih mudah.

Bila kita banyak bekerja dengan perkara halus, intuisi, energi, emosi orang lain dan pengalaman dalaman, kejernihan serta kawalan diri menjadi semakin penting.

Dalam Model Bioenergi yang saya gunakan, Benteng Bisikan Qarin dibangunkan sebagai ikhtiar untuk membantu mengurangkan dominasi bisikan dan dorongan negatif supaya seseorang lebih mudah kembali kepada kesedaran dan pilihannya sendiri.

Ia bukan untuk menghapuskan qarin. Bukan mengawal jin. Bukan memanggil jin. Dan bukan menggantikan ibadah, doa, zikir atau usaha membentuk akhlak.

Saya melihatnya sebagai satu lapisan tambahan untuk orang yang memang mahu menjaga dirinya sendiri.

Siapa yang Boleh Mempertimbangkannya?

Healer. Pengamal Bioenergi. Pengamal Reiki. Pengamal tenaga dalam. Pengamal metafizik. Mereka yang mendalami meditasi atau latihan spiritual. Atau sesiapa yang sedang membina diri sebagai seorang spiritualist.

Benteng Bisikan Qarin adalah antara servis yang saya sendiri galakkan untuk dipertimbangkan.

Sebab lagi banyak yang kita mampu lakukan, lagi penting kita tahu bila perlu berhenti, bila perlu diam, bila perlu meragui diri sendiri dan bila perlu berkata:

“Mungkin aku silap.”
SERVIS PILIHAN • 056

Benteng Bisikan Qarin

Ikhtiar Bioenergi jarak jauh untuk membantu menguatkan kawalan diri dan kesedaran terhadap bisikan serta dorongan negatif.

Harga pelancaran
RM180 seorang
Pakej keluarga
RM688 untuk 4 orang
Tambahan ahli
RM180 seorang
Harga normal
RM300 seorang
Tempoh
Instalasi efektif seumur hidup

Syarat penting: Peserta mesti tahu dan bersetuju. Untuk instalasi, diperlukan nama penuh dan satu gambar wajah yang jelas.

Kemampuan boleh meningkat dengan latihan. Tapi kalau kawalan diri tak berkembang bersama, kemampuan itu sendiri boleh menjadi ujian.

— Zamzul Nizam
BioMetaphysica Malaysia