SIRI 1 — SEBENARNYA APA ITU BIOENERGI?
Ramai orang pernah dengar tentang Bioenergi.
Tetapi kalau ditanya...
Apa sebenarnya Bioenergi?
Jawapannya boleh jadi macam-macam.
Ada yang mengaitkannya dengan aura.
Ada yang kata tenaga dalam.
Ada yang mengenalinya sebagai Qi atau Prana.
Ada pula yang terus teringat Reiki, Kundalini, chakra dan bermacam-macam lagi.
Bila semua istilah ini dicampur sekali, orang yang baru hendak memahami Bioenergi akhirnya makin keliru.
Yang mana satu Bioenergi sebenarnya?
Sebab itu saya nak buat satu siri tulisan pendek tentang Bioenergi.
Kita tak perlu terus masuk perkara yang terlalu teknikal. Kita mula dari asas dan buka satu persatu supaya lebih mudah difahami.
Jadi...
Apa sebenarnya Bioenergi?
Cara paling mudah, cuba bayangkan dua tubuh manusia yang sama.
Satu masih hidup.
Satu lagi sudah meninggal dunia.
Tubuh fizikalnya masih ada. Tulang masih ada. Organ dan struktur biologinya juga masih ada.
Tetapi tentunya ada satu perbezaan yang sangat besar.
Yang satu hidup. Yang satu lagi tidak.
Dalam Bioenergi, makhluk yang hidup mempunyai satu signature atau pola perubahan pada ruang yang khas kerana ia hidup.
Pola inilah yang kita panggil Bioenergi.
Jadi Bioenergi yang kita bincangkan di sini bukan sekadar haba badan, elektrik dalam tubuh atau kalori.
Ia berkait dengan makhluk hidup itu sendiri.
Malah makhluk hidup bukan sahaja menghasilkan Bioenergi, tetapi turut memanfaatkannya dalam fungsi kehidupannya.
Sebab itu apabila Bioenergi tertentu dipengaruhi, sistem biologi yang berkaitan dengannya juga boleh turut terpengaruh.
Ini nanti kita akan bincangkan lebih jauh dalam siri-siri seterusnya.
Pada masa yang sama, ada satu perkara yang saya rasa perlu dijelaskan dari awal.
Bioenergi masih belum menjadi sebahagian daripada konsensus sains arus perdana.
Jadi tak perlu terus percaya semuanya.
Tak perlu juga terus menolak semuanya.
Lebih baik kita faham dahulu apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan Bioenergi, bagaimana ia dikatakan berfungsi dan apa yang boleh kita perhatikan.
Lepas itu kita nilai.
Dan untuk memahami Bioenergi, ada satu istilah yang kita perlu kenal dahulu...
Qi.
Apa sebenarnya Qi?
Adakah Qi dan Bioenergi benda yang sama?
Tidak semestinya.
Kita sambung dalam Siri 2.

WhatsApp 