SIRI 2 — APA SEBENARNYA QI?
Dalam Siri 1 saya ada sebut...
Kalau kita nak memahami Bioenergi, ada satu istilah yang kita perlu faham terlebih dahulu.
Qi.
Bila sebut Qi, ramai mungkin terus terbayangkan tenaga dalam badan, meridian, Qigong atau perubatan tradisional Cina.
Itu tidak pelik kerana istilah Qi memang sudah lama dikenali melalui perkara-perkara tersebut.
Tetapi untuk siri ini, kita mula dengan pengertian yang paling asas dahulu.
Cuba lihat apa sahaja benda yang ada di sekeliling kita.
Meja.
Kerusi.
Batu.
Pokok.
Air.
Dan diri kita sendiri.
Semuanya wujud dan mengambil ruang.
Sekarang cuba fikir satu perkara.
Apabila sesuatu itu berada dalam satu ruang, adakah ruang tersebut sama seperti ketika benda itu langsung tidak ada di situ?
Tentunya tidak.
Kehadiran sesuatu itu sendiri sudah menyebabkan keadaan ruang tersebut berubah.
Paling mudah, letakkan sebuah kerusi di tengah bilik kosong.
Sebelum kerusi itu ada, ruang tersebut kosong.
Selepas kerusi diletakkan di situ, keadaan ruang itu sudah berubah kerana sekarang ada sesuatu yang menempatinya.
Dalam pengertian yang kita gunakan dalam siri ini, kewujudan sesuatu bukan sahaja mengambil tempat tetapi menghasilkan satu pola perubahan pada ruang yang ditempatinya dan ruang di sekelilingnya.
Pola perubahan yang terjadi kerana sesuatu itu wujud inilah yang kita panggil Qi.
Jadi Qi bukan hanya ada pada manusia.
Batu ada Qi.
Pokok ada Qi.
Air ada Qi.
Kerusi pun ada Qi.
Manusia juga ada Qi.
Dalam pengertian ini...
Apa sahaja yang wujud mempunyai Qi.
Dan Qi yang kita maksudkan di sini bukanlah benda atau bahan seperti air, gas atau elektrik.
Ia merujuk kepada pola perubahan pada ruang yang terjadi kerana kewujudan sesuatu.
Faham bahagian ini dahulu kerana inilah asas yang kita perlukan untuk memahami Bioenergi nanti.
Sekarang kita kembali kepada contoh dalam Siri 1.
Kalau semua benda yang wujud mempunyai Qi...
Batu mempunyai Qi.
Pokok mempunyai Qi.
Tubuh manusia yang hidup mempunyai Qi.
Maka persoalannya...
Apa yang membuatkan Qi pada makhluk yang hidup berbeza?
Di sinilah kita akan mula nampak apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Bioenergi.
Kita sambung dalam Siri 3 — Apa Bezanya Qi Dengan Bioenergi?

WhatsApp 