SIRI 3 — APA BEZANYA QI DENGAN BIOENERGI?
Dalam Siri 2 kita sudah faham satu perkara asas.
Apa sahaja yang wujud mempunyai Qi.
Batu ada Qi.
Air ada Qi.
Pokok ada Qi.
Manusia pun ada Qi.
Sebab dalam pengertian yang kita gunakan dalam siri ini, Qi merujuk kepada pola perubahan pada ruang yang berlaku kerana sesuatu itu wujud.
Sekarang kita pergi satu langkah lagi.
Kalau semuanya mempunyai Qi...
Apa pula yang kita maksudkan dengan Bioenergi?
Perbezaannya terletak pada satu perkara yang sangat penting.
Hidup.
Cuba kita bandingkan batu dengan pokok.
Kedua-duanya wujud.
Jadi kedua-duanya mempunyai Qi.
Tetapi pokok bukan sekadar wujud.
Pokok hidup.
Ia tumbuh.
Ia menggunakan air dan nutrien.
Ia bertindak balas terhadap persekitarannya.
Ia menjalankan pelbagai proses untuk terus hidup.
Jadi sebagai makhluk hidup, pokok mempunyai satu pola perubahan yang khas kerana ia hidup.
Pola khas inilah yang kita panggil Bioenergi.
Manusia juga begitu.
Malah cuba kita kembali kepada contoh dalam Siri 1.
Bayangkan dua tubuh manusia yang sama.
Satu masih hidup.
Satu lagi sudah meninggal dunia.
Kedua-duanya masih mempunyai bentuk fizikal dan kedua-duanya masih menempati ruang.
Jadi dari sudut kewujudan, kedua-duanya masih mempunyai Qi.
Tetapi ada sesuatu yang membezakan tubuh yang hidup.
Tubuh yang hidup masih menjalankan proses kehidupan.
Dan sebagai makhluk biologis yang hidup, ia mempunyai pola perubahan pada ruang yang khas kepada keadaan hidup tersebut.
Itulah Bioenergi.
Jadi sekarang kita boleh bezakan kedua-duanya dengan lebih mudah.
Qi berkaitan dengan kewujudan.
Bioenergi pula berkaitan secara khusus dengan kehidupan.
Sebab itu...
Semua Bioenergi adalah Qi, tetapi tidak semua Qi adalah Bioenergi.
Batu mempunyai Qi kerana batu wujud.
Tetapi batu bukan makhluk hidup, jadi Qi batu bukan Bioenergi.
Pokok mempunyai Qi kerana pokok wujud.
Dan kerana pokok hidup, ia juga mempunyai Bioenergi.
Begitu juga manusia dan makhluk hidup yang lain.
Ada satu lagi perkara penting.
Bioenergi bukan sesuatu yang hanya berada di luar tubuh atau mengelilingi makhluk hidup.
Makhluk hidup sendiri menghasilkan dan menggunakan Bioenergi dalam fungsi kehidupannya.
Sebab itu Bioenergi berkait rapat dengan kehidupan dan sistem biologis yang menjalankan kehidupan tersebut.
Sekarang barulah kita mempunyai asas yang lebih jelas:
Wujud → Qi
Hidup → Bioenergi
Selepas ini timbul pula satu masalah.
Kalau kita sudah mempunyai definisi seperti ini...
Kenapa selama ini Bioenergi sering dicampur dengan macam-macam istilah seperti tenaga dalam, Prana, Reiki, Kundalini, aura dan sebagainya?
Adakah semuanya benda yang sama?
Yang itu kita buka perlahan-lahan dalam siri seterusnya.
Bersambung — Siri 4.

WhatsApp 