SIRI 4 — KENAPA ISTILAH BIOENERGI SELALU MENGELIRUKAN?
Dalam Siri 3 kita sudah bezakan dua perkara asas.
Qi berkaitan dengan kewujudan.
Bioenergi pula berkaitan secara khusus dengan kehidupan.
Nampak mudah.
Tetapi bila kita mula membaca atau belajar tentang Bioenergi, kita akan berjumpa dengan macam-macam istilah.
Tenaga Dalam.
Prana.
Qi.
Mana.
Reiki.
Kundalini.
Gtumo.
Aura.
Chakra.
Tenaga batin.
Dan banyak lagi.
Di sinilah kekeliruan biasanya bermula.
Ada orang menggunakan istilah yang berbeza untuk menerangkan sesuatu yang sebenarnya hampir sama.
Dalam keadaan lain pula, dua perkara yang sebenarnya berbeza dianggap sama hanya kerana kedua-duanya disebut sebagai “energi”.
Contoh paling mudah ialah Qi dan Bioenergi yang kita bincangkan dalam dua siri sebelum ini.
Kalau kita terus menganggap Qi dan Bioenergi sebagai perkara yang sama, kita akan berdepan masalah.
Batu mempunyai Qi.
Air mempunyai Qi.
Bumi mempunyai Qi.
Tetapi kita sudah belajar bahawa tidak semua Qi adalah Bioenergi.
Jadi perkataan “energi” sahaja belum cukup untuk memberitahu kita apa sebenarnya yang sedang dimaksudkan.
Begitu juga apabila kita mendengar istilah seperti Reiki, Prana, Kundalini atau Tenaga Dalam.
Jangan terus anggap semuanya benda yang sama.
Tetapi jangan juga terus anggap semuanya langsung tidak berkaitan.
Kita perlu lihat satu persatu.
Apa yang dimaksudkan dengan istilah itu?
Apa cirinya?
Bagaimana ia dikatakan berfungsi?
Barulah kita boleh melihat sama ada dua istilah sebenarnya menerangkan perkara yang serupa, perkara yang berbeza, atau cuma menggunakan bahasa yang berlainan.
Sebab itu dalam siri ini saya tak mahu campurkan semua istilah tersebut dari awal.
Kita bina asas dahulu.
Qi kita faham sebagai pola perubahan pada ruang kerana sesuatu itu wujud.
Bioenergi pula lebih khusus kepada pola yang berkaitan dengan makhluk biologis yang hidup.
Bila asas ini jelas, nanti lebih mudah untuk kita melihat istilah-istilah lain tanpa mencampurkan semuanya sekali.
Kita juga tak perlu membuang istilah tradisional yang sudah digunakan sejak sekian lama.
Istilah itu tetap boleh digunakan.
Yang penting ialah kita tahu apa yang sebenarnya dimaksudkan apabila istilah tersebut digunakan.
Ini penting kerana bila istilahnya sendiri kabur, dakwaan yang besar pun lebih mudah diterima tanpa kita tahu apa sebenarnya yang sedang didakwa.
Jadi sepanjang siri ini, kita akan cuba buat satu perkara:
Asingkan istilah. Fahami maksudnya. Kemudian baru lihat hubungannya.
Sekarang kita sudah ada asas Qi dan Bioenergi.
Tetapi masih ada satu perkara penting tentang Bioenergi yang perlu kita faham.
Bioenergi bukan sekadar sesuatu yang dikaitkan dengan makhluk hidup.
Ia merupakan sesuatu yang khas kepada keadaan makhluk itu sebagai sesuatu yang benar-benar hidup.
Apa maksudnya?
Kita sambung dalam Siri 5.


