Dalam Siri 5, kita menemui sesuatu yang sangat menarik.
Dantian.
Pada mulanya ia kelihatan mudah.
Cultivator menyerap Qi.
Qi dikumpulkan di Lower Dantian.
Dantian menjadi seperti sebuah tangki tenaga.
Tetapi apabila kita kembali kepada sejarah, gambaran itu mula berubah.
Dantian pernah menjadi sebahagian daripada inner landscape manusia.
Ia dikaitkan dengan meditasi.
Pernafasan.
Inner gods.
Jing.
Dan kemudian Internal Alchemy.
Malah kita mendapati bahawa mungkin analogi yang lebih menarik untuk Dantian bukanlah:
tangki.
Tetapi:
ladang.
Tempat sesuatu ditanam, dipelihara dan ditransformasikan.
Tetapi sekarang timbul satu masalah.
Kalau Qi dikatakan bergerak daripada satu bahagian tubuh kepada bahagian yang lain...
melalui apa?
Cultivation fiction sekali lagi mempunyai jawapan.
MERIDIAN.
Bayangkan tubuh manusia seperti sebuah negara.
Dantian ialah pusat simpanan.
Qi ialah sumber tenaga.
Meridian ialah lebuh raya yang membawa tenaga itu ke seluruh tubuh.
Kalau meridian terbuka...
Qi mengalir lancar.
Kalau meridian tersumbat...
cultivation terganggu.
Kalau meridian musnah...
habislah masa depan cultivator.
Sekurang-kurangnya...
begitulah gambaran yang biasa kita temui dalam cerita cultivation.
Tetapi adakah manusia benar-benar mempunyai saluran seperti itu?
Untuk menjawabnya, kita perlu kembali lebih daripada 2,000 tahun.
SEBELUM ADA 12 MERIDIAN... ADA 11
Hari ini, sesiapa yang mempelajari acupuncture atau Traditional Chinese Medicine mungkin biasa dengan sistem:
12 Primary Channels.
Tetapi sistem itu rupanya tidak muncul terus dalam bentuk lengkap.
Pada tahun 1970-an, manuskrip perubatan lama ditemui di makam Mawangdui di China.
Dan seperti Daoyin Tu yang kita temui dalam Siri 2, Mawangdui sekali lagi memberikan kita tingkap kepada cara manusia China memahami tubuh lebih dua ribu tahun lalu.
Antara manuskrip tersebut terdapat teks yang menerangkan:
11 mai — 脈
bukan 12.
Teks-teks ini datang daripada zaman sebelum sistem channel dalam Huangdi Neijing berkembang menjadi bentuk yang lebih kompleks seperti yang dikenali kemudian.
Ini sangat penting.
Kerana ia menunjukkan satu perkara:
Peta meridian mempunyai sejarah.
Ia berkembang.
DAN MERIDIAN DAHULU BELUM SAMA DENGAN MERIDIAN HARI INI
Dalam manuskrip awal tersebut, kita belum menemui sistem acupuncture points yang tersusun seperti dalam tradisi kemudian.
Sebaliknya, terdapat penerangan mengenai mai yang melalui bahagian-bahagian tertentu tubuh dan mempunyai hubungan dengan keadaan serta simptom tertentu.
Kemudian sistem itu berkembang.
Sebelas menjadi dua belas.
Hubungan dengan organ menjadi semakin sistematik.
Muncul jaringan yang lebih kompleks:
laluan utama,
cabang,
collaterals,
extraordinary vessels,
dan acupuncture points.
Jadi sekali lagi kita menemui pola yang sama seperti Dantian.
Apa yang hari ini kelihatan seperti sebuah sistem yang tetap dan lengkap...
sebenarnya mempunyai sejarah perkembangan.
Malah penemuan manuskrip perubatan Tianhui memberikan satu lagi kepingan puzzle yang menarik.
Ia membantu penyelidik melihat tahap perkembangan antara peta mai awal dan sistem yang menjadi semakin kompleks kemudian.
Maksudnya, kita mungkin sedang melihat sesuatu yang jarang sekali dapat dilihat dalam sejarah:
sebuah peta tubuh sedang berkembang.
TETAPI ADA MASALAH DENGAN PERKATAAN “MERIDIAN”
Perkataan yang biasa kita gunakan hari ini ialah:
meridian.
Tetapi istilah China sebenarnya lebih rumit.
Antaranya:
Jing — 經
Luo — 絡
Mai — 脈
dan gabungan seperti:
Jingmai
serta:
Jingluo.
Secara mudah, jing boleh membawa gambaran laluan utama.
Luo pula berkaitan dengan jaringan atau cabang.
Dan mai mempunyai sejarah makna yang turut berkaitan dengan vessel.
Sebab itulah ada sarjana yang lebih suka menggunakan perkataan:
channels
berbanding:
meridians.
Ini memberikan kita satu petunjuk penting.
Mungkin orang China awal tidak bermula dengan idea:
“Mari kita lukis paip ghaib untuk Qi.”
Sejarahnya mungkin jauh lebih kompleks.
ADAKAH MERIDIAN ASALNYA SALUR DARAH?
Ada penyelidik yang membandingkan laluan mai awal dengan struktur anatomi tubuh manusia.
Dan beberapa persamaan dengan:
salur darah dan arteri
memang telah dicadangkan.
Sebahagian laluan dalam manuskrip awal kelihatan cukup dekat dengan perjalanan salur darah tertentu sehingga timbul hipotesis bahawa pemerhatian terhadap struktur vaskular mungkin memainkan peranan dalam pembentukan sebahagian peta mai.
Penemuan manuskrip Tianhui menjadikan persoalan ini lebih menarik lagi.
Salah satu laluan tambahan yang ditemui di situ telah dibandingkan oleh penyelidik dengan persistent median artery — satu variasi anatomi manusia yang memang boleh wujud.
Bayangkan implikasinya.
Mungkin sebahagian daripada akar sistem ini bermula daripada sesuatu yang sangat fizikal:
denyutan.
salur.
laluan.
kesakitan.
simptom sepanjang bahagian tertentu tubuh.
Kemudian, sepanjang berabad-abad, pemerhatian tersebut berkembang menjadi sebuah sistem perubatan yang jauh lebih besar.
Tetapi kita perlu berhati-hati.
Ini masih kawasan penyelidikan dan perdebatan.
Kita tidak boleh mengambil hipotesis tersebut lalu berkata:
“Meridian sebenarnya salur darah.”
Itu juga terlalu mudah.
JADI MERIDIAN ITU APA?
Selepas lebih dua ribu tahun...
kita masih tidak mempunyai satu struktur anatomi yang boleh ditunjukkan dan dikatakan:
“Inilah keseluruhan sistem meridian.”
Pelbagai hipotesis telah dicadangkan.
Saraf.
Salur darah.
Tisu penghubung.
Fascia.
Interstitial pathways.
Fenomena bioelektrik.
Atau gabungan beberapa sistem.
Tetapi setakat ini belum ada konsensus saintifik bahawa keseluruhan sistem Jingluo mempunyai satu padanan anatomi tunggal.
Dan mungkin soalan:
“Meridian itu organ apa?”
sendiri terlalu sempit.
Kerana sistem tradisional mungkin berfungsi sebagai:
peta hubungan dan fungsi
dan bukannya peta kepada satu struktur fizikal sahaja.
BAYANGKAN SEBUAH PETA JALAN
Lihat sebuah peta bandar.
Di atasnya terdapat pelbagai garis.
Ada yang menunjukkan:
jalan raya,
laluan kereta api,
laluan bas,
sempadan,
atau route perjalanan.
Garis pada peta itu bukanlah benda yang sama.
Ia mewakili:
hubungan dan laluan.
Begitu juga mungkin dengan sebahagian peta tubuh tradisional.
Satu “laluan” boleh menghubungkan:
lokasi tubuh,
fungsi,
simptom,
organ,
dan pengalaman tertentu
tanpa semestinya bermaksud terdapat satu tiub fizikal di bawah kulit yang mengikuti keseluruhan garis tersebut.
Sebab itulah kita perlu berhati-hati dengan analogi:
Meridian = paip.
Ia membantu untuk memahami.
Tetapi ia boleh menyesatkan kalau diambil secara literal.
RUPANYA BUKAN ADA 12 SAHAJA
Selain 12 laluan utama, terdapat satu kumpulan yang dikenali sebagai:
Eight Extraordinary Vessels
atau:
Qi Jing Ba Mai — 奇經八脈
Ia terdiri daripada:
Du Mai
Ren Mai
Chong Mai
Dai Mai
Yang Qiao Mai
Yin Qiao Mai
Yang Wei Mai
dan
Yin Wei Mai.
Menariknya, extraordinary vessels juga mempunyai sejarah perkembangannya sendiri.
Beberapa vessel sudah muncul dalam sumber awal, tetapi sistem lapan vessel yang lebih tersusun berkembang kemudian.
Sekali lagi kita melihat perkara yang sama:
peta ini tidak muncul dalam satu hari.
Ia dibina, dihuraikan dan disistematikkan sepanjang sejarah.
KENAPA DIPANGGIL “EXTRAORDINARY”?
12 Primary Channels mempunyai hubungan yang lebih langsung dengan sistem organ dalam teori Chinese medicine.
Eight Extraordinary Vessels pula mempunyai fungsi yang berbeza.
Dalam teori tradisional kemudian, ia antara lain diterangkan sebagai sistem yang membantu:
menghubungkan,
mengatur,
dan menyeimbangkan
jaringan channel yang lebih besar.
Kadangkala extraordinary vessels juga dianalogikan sebagai:
reservoir.
Apabila terdapat lebihan Qi dan Blood dalam primary channels, extraordinary vessels dikatakan boleh menerima lebihan tersebut.
Apabila diperlukan, ia pula boleh membantu menyokong jaringan utama.
Tetapi ingat kategori penerangan ini.
Ini ialah:
model fisiologi tradisional Chinese medicine.
Ia bukan bermaksud anatomi moden telah menemui lapan tangki fizikal yang menyimpan Qi dan darah.
REN MAI DAN DU MAI
Daripada lapan extraordinary vessels itu, dua nama mungkin sangat menarik untuk kita ingat.
Ren Mai — Conception Vessel
dan
Du Mai — Governing Vessel.
Secara umum dalam peta acupuncture:
Ren Mai berjalan pada garis tengah bahagian hadapan tubuh.
Du Mai pula melalui garis tengah bahagian belakang tubuh.
Kedua-duanya istimewa kerana mempunyai rangkaian acupuncture points sendiri.
Sebab itulah kadangkala kita akan menemui diagram atau sistem acupuncture yang menggunakan:
14 channels.
Kemudian orang menjadi keliru.
“Tadi kata 12. Kenapa sekarang 14?”
Jawapannya mudah.
12 Primary Channels
ditambah:
Ren Mai
dan
Du Mai
yang berasal daripada Eight Extraordinary Vessels.
Ini juga membetulkan satu salah faham yang agak biasa.
Ren Mai bukanlah salah satu daripada 12 Primary Channels.
Ia ialah:
salah satu daripada Eight Extraordinary Vessels.
KALAU BUKAN PAIP, BAGAIMANA QI “MENGALIR”?
Dalam teori perubatan China, Qi memang dikatakan mempunyai:
pergerakan,
arah,
naik,
turun,
masuk,
keluar,
dan circulation melalui jaringan tubuh.
Tetapi perkataan “mengalir” mudah membuat otak moden membayangkan air bergerak di dalam hos.
Mungkin itu bukan gambaran terbaik.
Bayangkan gelombang manusia di sebuah stadium.
Setiap orang hanya berdiri dan duduk mengikut urutan.
Tidak ada satu objek fizikal yang berlari mengelilingi stadium.
Tetapi dari jauh...
kita melihat sesuatu seperti:
gelombang sedang bergerak.
Ini bukan bermaksud Qi telah terbukti bekerja seperti gelombang stadium.
Ia hanyalah analogi untuk menunjukkan sesuatu yang penting:
“sesuatu bergerak” tidak semestinya bermaksud terdapat cecair bergerak di dalam sebuah paip.
DAN DI SINI MODEL BIOENERGI MENJADI MENARIK
Dalam sistem Bioenergi yang saya pelajari, terdapat satu penerangan mengenai laluan biotenaga yang agak menarik untuk dibandingkan.
Dalam model tersebut, tubuh manusia dikatakan menghasilkan dan menggunakan beberapa jenis Bioenergi yang mempunyai pola peredarannya sendiri.
Meridian pula diterangkan bukan sebagai saluran fizikal seperti salur darah atau saraf, tetapi sebagai laluan yang terbentuk melalui hubungan keadaan atau kekutuban tenaga antara sel.
Satu analogi yang digunakan ialah:
aliran kewangan daripada kerajaan pusat ke kawasan tertentu.
Wang tidak memerlukan satu paip khas daripada kerajaan pusat ke setiap kampung.
Sebaliknya, ia bergerak melalui:
struktur,
aturan,
hubungan,
dan peringkat-peringkat tertentu.
Dalam model Bioenergi tersebut, laluan tenaga dibayangkan dengan cara yang hampir sama.
Ia merupakan:
MODEL BIOENERGI.
Bukan kesimpulan anatomi moden.
Dan bukan juga definisi sejarah Jingluo China.
Tetapi sebagai sebuah model, ia memberikan kita cara lain untuk membayangkan “laluan” tanpa memerlukan kewujudan sebuah paip tenaga fizikal.
SAYA SENDIRI PERNAH BELAJAR MENGGUNAKAN REN MAI
Bahagian ini menjadi lebih menarik kepada saya kerana meridian bukan hanya sesuatu yang saya temui melalui pembacaan sejarah.
Saya sendiri pernah mempelajari satu teknik:
Meridian Healing menggunakan Bioenergi.
Salah satu laluan yang dipelajari ialah:
Ren Mai — Conception Vessel.
Dalam latihan tersebut, Bioenergi dialirkan menelusuri laluan Ren Mai dan apa yang dianggap sebagai blocking pada laluan tersebut cuba dibersihkan.
Tetapi sekali lagi kita perlu membezakan kategori.
Itu ialah:
cara sebuah sistem Bioenergi moden menggunakan peta meridian.
Pengalaman melakukan sesuatu teknik tidak dengan sendirinya membuktikan bahawa blocking tersebut merupakan penyumbatan fizikal seperti darah beku di dalam salur darah.
Ini membawa kita kembali kepada persoalan yang sudah beberapa kali muncul dalam siri KULTIVASI:
pengalaman boleh berlaku.
Model boleh menerangkan pengalaman.
Tetapi:
model dan pengalaman bukan semestinya perkara yang sama.
TETAPI KEMUDIAN KITA BERTEMU DENGAN “NADI”
Dalam model Bioenergi yang saya pelajari, kita juga menemui perkataan:
Nadi.
Dan kerana kedua-duanya bercakap tentang laluan tenaga, sangat mudah untuk mengatakan:
“Nadi ialah aliran tenaga, Meridian ialah jalannya.”
Tetapi apabila kita kembali kepada sejarah...
kita perlu memisahkannya.
Nāḍī datang daripada tradisi India.
Jingmai dan Jingluo datang daripada tradisi China.
Mereka bukan dua bahagian daripada satu sistem sejarah yang sama.
Dalam beberapa tradisi Yoga dan Tantra, Nāḍī ialah laluan dalam apa yang sering diterangkan sebagai subtle body, berkaitan dengan pergerakan:
Prāṇa.
Teks dan tradisi berlainan memberikan jumlah Nāḍī yang berlainan.
Salah satu angka yang sangat terkenal ialah:
72,000.
Tetapi angka itu tidak boleh dibaca seperti seseorang pada zaman dahulu telah membedah tubuh manusia dan menghitung 72,000 tiub tenaga.
Kita sedang memasuki:
peta tubuh halus India.
Dan daripada pelbagai Nāḍī itu...
tiga menjadi sangat terkenal.
IDA, PINGALA DAN SUSHUMNA
Namanya:
IDA
PINGALA
SUSHUMNA
Secara umum dalam beberapa tradisi Yoga:
Ida dikaitkan dengan sisi lunar, sejuk dan kiri.
Pingala dikaitkan dengan sisi solar, panas dan kanan.
Manakala:
Sushumna ialah central channel.
Dalam beberapa gambaran, Ida dan Pingala bergerak pada kedua-dua sisi atau bersilang mengelilingi Sushumna.
Sushumna pula berada pada paksi tengah dan memainkan peranan yang sangat penting dalam sistem:
Kundalini.
Sekarang mungkin ada pembaca yang terus berkata:
“Oh... Sushumna ialah saraf tunjang.”
Belum tentu.
ADAKAH SUSHUMNA ITU SPINAL CORD?
Perbandingannya memang sangat menggoda.
Sushumna:
tengah.
Spinal cord:
tengah.
Ida dan Pingala:
kiri dan kanan.
Tubuh manusia pula memang mempunyai pelbagai struktur bilateral pada kedua-dua sisi tulang belakang.
Sebab itu banyak percubaan moden dibuat untuk menghubungkan peta tradisional tersebut dengan sistem saraf.
Tetapi:
Persamaan bukan identiti.
Kita belum mempunyai asas untuk berkata:
Sushumna = spinal cord.
Ida = saraf tertentu.
Pingala = saraf tertentu.
Peta Nāḍī datang daripada kerangka tubuh halus dalam tradisi India.
Anatomi moden pula datang daripada kaedah pemerhatian tubuh fizikal.
Kedua-duanya boleh dibandingkan.
Tetapi jangan terus disamakan.
DAN DI SINI MODEL BIOENERGI KITA PERLU DIBACA DENGAN BETUL
Dalam model Bioenergi yang saya pelajari, terdapat penerangan bahawa aliran di kawasan tulang belakang boleh dikelompokkan kepada:
Ida — sejuk
Pingala — panas
Sushumna — neutral
dan struktur ini dihubungkan dengan pergerakan Bioenergi serta Meridian.
Sebagai:
MODEL BIOENERGI
kita boleh mengkajinya.
Tetapi secara sejarah kita tidak boleh berkata:
“Meridian China mempunyai Ida, Pingala dan Sushumna.”
Kerana itu akan mencantumkan dua peta tubuh yang berasal daripada tradisi berlainan.
Lebih tepat untuk mengatakan bahawa:
model Bioenergi moden tersebut menghubungkan konsep daripada beberapa tradisi untuk menerangkan pola aliran yang dipercayai berlaku dalam tubuh.
Dan sebenarnya...
itu membuka satu persoalan yang jauh lebih menarik.
DUA TAMADUN, DUA PETA TUBUH
China membangunkan:
Jingmai / Jingluo.
India membangunkan:
Nāḍī.
China mempunyai:
Qi,
Dantian,
channels,
collaterals.
India mempunyai:
Prāṇa,
Nāḍī,
cakra,
Kundalini.
Kemudian sistem-sistem moden muncul dan kadangkala menghubungkan kedua-duanya.
Kenapa?
Adakah semua tradisi itu sebenarnya menemui struktur yang sama?
Mungkin.
Tetapi kita belum mempunyai bukti yang cukup untuk mengatakannya.
Adakah kerana tubuh manusia tetap tubuh manusia, lalu budaya berlainan membina peta yang mempunyai beberapa persamaan?
Itu juga mungkin.
Atau...
adakah manusia mempunyai kecenderungan menggunakan bahasa:
aliran,
pusat,
laluan,
dan
keseimbangan
untuk menerangkan pengalaman dalaman yang sukar dilihat?
Itu juga kemungkinan yang perlu kita pertimbangkan.
TETAPI PENGAMAL MEMANG MERASAKAN SESUATU
Orang yang melakukan:
qigong,
pranayama,
meditasi,
martial arts,
latihan Kundalini,
atau pelbagai latihan tenaga
kadangkala melaporkan sensasi seperti:
panas,
sejuk,
denyutan,
tekanan,
getaran,
kesemutan,
atau rasa seolah-olah sesuatu sedang bergerak melalui tubuh.
Kita tidak perlu menafikan pengalaman itu.
Sensasinya boleh benar-benar dialami.
Persoalannya ialah:
Apa yang menghasilkan sensasi tersebut?
Saraf?
Perubahan aliran darah?
Pernafasan?
Ketegangan dan pelepasan otot?
Perubahan sistem saraf autonomi?
Interoception — bagaimana otak mengesan keadaan dalaman tubuh?
Jangkaan dan perhatian?
Gabungan beberapa mekanisme?
Atau mungkin ada mekanisme lain yang belum kita fahami?
Itulah persoalan yang jauh lebih menarik daripada memilih salah satu daripada dua ekstrem:
“Semua itu tenaga ghaib.”
atau:
“Semua itu khayalan.”
Kedua-duanya terlalu mudah.
JADI ADAKAH MERIDIAN BENAR-BENAR WUJUD?
Kalau yang dimaksudkan ialah:
“Adakah sistem meridian benar-benar wujud sebagai konsep dalam tradisi perubatan China?”
Ya.
Ia mempunyai sejarah lebih dua ribu tahun dan berkembang daripada sistem mai awal kepada teori Jingluo yang jauh lebih kompleks.
Kalau yang dimaksudkan ialah:
“Adakah terdapat dua belas tiub tenaga fizikal yang telah dikenal pasti oleh anatomi moden?”
Belum ada bukti untuk mengatakan begitu.
Kalau yang dimaksudkan ialah:
“Adakah sebahagian peta meridian mungkin mempunyai hubungan dengan struktur dan fungsi sebenar tubuh?”
Itu masih merupakan bidang penyelidikan dan perdebatan.
Dan mungkin jawapan akhirnya bukan:
satu meridian = satu organ atau satu struktur.
Mungkin peta tradisional menggabungkan pemerhatian terhadap:
anatomi,
fungsi,
simptom,
sensasi,
dan teori perubatan zamannya
ke dalam sebuah sistem hubungan.
PETA BUKAN SEMESTINYA BENDA YANG DIPETAKAN
Kita mempunyai kecenderungan melihat sebuah diagram lama lalu bertanya:
“Struktur moden mana yang sama dengan garis ini?”
Kadangkala itu soalan yang berguna.
Tetapi kadangkala...
mungkin kita sedang bertanya soalan yang salah.
Peta cuaca bukan atmosfera.
Peta jalan bukan bandar.
Dan peta tubuh tradisional tidak semestinya mempunyai hubungan satu-dengan-satu dengan anatomi moden.
Ia mungkin merupakan cara sesuatu budaya menyusun:
apa yang mereka lihat,
apa yang mereka rasa,
apa yang berlaku apabila seseorang sakit,
dan apa yang mereka percaya sedang berlaku di dalam manusia.
Itu tidak menjadikannya automatik benar.
Tetapi ia juga tidak menjadikannya automatik tidak berguna.
Ia menjadikannya:
sesuatu yang perlu kita fahami dalam konteksnya.
DAN SEKARANG CULTIVATION MENJADI SEMAKIN RUMIT
Setakat ini kita sudah menemui:
Jing.
Qi.
Shen.
Dantian.
Meridian.
Eight Extraordinary Vessels.
Dan buat pertama kalinya kita terserempak dengan:
Nāḍī.
Ida.
Pingala.
Sushumna.
Perhatikan apa yang sedang berlaku.
Perjalanan cultivation China mula mempunyai titik perbandingan dengan satu lagi tradisi besar pembangunan manusia:
Yoga dan Kundalini.
Tetapi kita belum akan masuk ke sana.
Belum lagi.
Kerana kita masih belum selesai dengan China.
Kita sudah mempunyai sesuatu yang hendak ditransformasikan:
Jing, Qi dan Shen.
Kita sudah mempunyai tempat:
Dantian.
Kita sudah mempunyai laluan:
Jingluo.
Sekarang kita perlu memahami:
apakah sebenarnya yang cuba dilakukan oleh cultivator dengan semua ini?
Adakah cultivation hanya mengumpulkan lebih banyak Qi?
Atau sesuatu yang jauh lebih radikal sedang cuba dilakukan?
Dalam tradisi tertentu, tubuh cultivator mula digambarkan seperti sebuah:
makmal alkimia.
Ada bahan.
Ada tungku.
Ada kawah.
Ada api.
Ada ubat.
Ada Elixir.
Dan semua itu...
berlaku di dalam manusia.
Di sinilah perjalanan kita seterusnya akan membawa kita lebih jauh ke dunia:
NEIDAN — INTERNAL ALCHEMY
Dan mungkin di sinilah kita akhirnya akan mula memahami kenapa perkataan:
refine,
transform,
dan
breakthrough
menjadi begitu penting dalam dunia cultivation.
Bersambung.


