Rujukan Siri 1–7
Glosari KULTIVASI
Penjelasan ringkas istilah penting dalam bahasa yang mudah difahami. Gunakan glosari ini sebagai kamus cepat ketika membaca siri KULTIVASI.
Glosari
Asas Kultivasi
Istilah utama untuk memahami maksud cultivation dan beberapa bentuk latihan diri dalam tradisi China.
- Cultivation / Kultivasi
- Proses melatih dan membentuk diri supaya seseorang berkembang dari segi tubuh, fikiran, kesedaran atau kerohanian, bergantung kepada sistem yang diamalkan.Baca penerangan dalam Siri 1 →
- Xiushen (修身)
- Membentuk dan memperbaiki diri, terutama sikap, tingkah laku dan karakter.Baca penerangan dalam Siri 1 →
- Xiulian (修煉)
- Melatih dan mengolah diri melalui sesuatu amalan atau latihan dalaman.Baca penerangan dalam Siri 1 →
- Xiuzhen (修真)
- Istilah lama yang berkaitan dengan latihan menuju keadaan diri yang dianggap lebih sejati atau sempurna dalam tradisi tertentu.Baca penerangan dalam Siri 1 →
- Xiuxian (修仙)
- Cultivation yang dikaitkan dengan usaha mencapai keadaan xian, yang sering diterjemahkan sebagai “immortal”.Baca penerangan dalam Siri 1 →
- Xianxia (仙俠)
- Genre cerita fantasi China tentang cultivator, immortals, kuasa luar biasa, martial arts dan dunia supernatural.Baca penerangan dalam Siri 1 →
- Cultivation Realm
- Tahap atau “level” perkembangan seorang cultivator dalam cerita cultivation. Tidak ada satu sistem realm purba yang digunakan oleh semua tradisi China.Baca penerangan dalam Siri 1 →
Glosari
Jing, Qi dan Shen
Tiga konsep yang kerap digunakan untuk membicarakan asas, proses kehidupan dan kesedaran manusia.
- Qi (氣)
- Konsep China tentang sesuatu yang berkaitan dengan nafas, kehidupan, pergerakan dan perubahan. Selalu diterjemahkan sebagai “tenaga”, walaupun maksud Qi sebenarnya lebih luas daripada tenaga biasa.Baca penerangan dalam Siri 3 →
- Jing (精)
- Asas atau “tenaga hayat” manusia dalam kerangka tradisional China. Ia dikaitkan dengan pertumbuhan, perkembangan, reproduksi dan proses kehidupan.Baca penerangan dalam Siri 4 →
- Shen (神)
- Aspek manusia yang berkaitan dengan kesedaran, fikiran, kejernihan dan kehadiran diri dalam konteks tradisional tertentu.Baca penerangan dalam Siri 4 →
- Jing, Qi dan Shen / Three Treasures
- Tiga konsep penting dalam sesetengah sistem cultivation China. Analogi mudah kita: Jing seperti minyak lampu, Qi seperti nyalaan dan Shen seperti cahaya.Baca penerangan dalam Siri 4 →
- Interoception
- Keupayaan kita merasakan apa yang berlaku di dalam tubuh sendiri, seperti degupan jantung, pernafasan, tekanan, panas atau ketegangan.Baca penerangan dalam Siri 3 →
Glosari
Peta Tubuh dan Latihan China
Kawasan tubuh dan bentuk latihan yang menjadi sebahagian daripada sejarah cultivation serta penjagaan kehidupan.
- Dantian (丹田)
- Kawasan penting dalam latihan dalaman China. Maksud tian ialah “ladang”, jadi Dantian tidak semestinya perlu dibayangkan sebagai tangki tenaga.Baca penerangan dalam Siri 5 →
- Lower Dantian
- Dantian bawah, biasanya dikaitkan dengan kawasan bawah perut dan menjadi tumpuan penting dalam banyak latihan pernafasan dan Qi.Baca penerangan dalam Siri 5 →
- Middle Dantian
- Dantian tengah, biasanya dikaitkan dengan kawasan dada atau jantung dalam sistem tertentu.Baca penerangan dalam Siri 5 →
- Upper Dantian
- Dantian atas, biasanya dikaitkan dengan kawasan kepala dan Shen dalam sistem tertentu.Baca penerangan dalam Siri 5 →
- Daoyin (導引)
- Latihan China purba yang menggunakan pergerakan tubuh dan unsur pernafasan untuk menjaga dan melatih tubuh.Baca penerangan dalam Siri 2 →
- Yangsheng (養生)
- Idea “memelihara kehidupan”, iaitu menjaga tubuh dan kehidupan supaya kekal sihat dan seimbang.Baca penerangan dalam Siri 2 →
- Qigong (氣功)
- Nama moden untuk pelbagai latihan yang menggunakan gabungan tubuh, pernafasan, perhatian dan konsep Qi.Baca penerangan dalam Siri 2 →
Glosari
Meridian dan Jingluo
Bahasa laluan dan jaringan dalam peta tubuh tradisional China—bukan semestinya paip fizikal di dalam badan.
- Meridian
- Laluan atau jaringan dalam peta tubuh perubatan tradisional China yang digunakan untuk menerangkan hubungan dan pergerakan Qi. Jangan bayangkan ia semestinya seperti paip fizikal dalam badan.Baca penerangan dalam Siri 6 →
- Mai (脈)
- Istilah lama China yang boleh membawa maksud seperti salur, laluan atau denyutan bergantung kepada konteks.Baca penerangan dalam Siri 6 →
- Jingmai (經脈)
- Laluan utama dalam sistem meridian China.Baca penerangan dalam Siri 6 →
- Jingluo (經絡)
- Keseluruhan jaringan laluan utama dan cabang dalam sistem meridian China.Baca penerangan dalam Siri 6 →
- 12 Primary Channels
- Dua belas laluan utama dalam sistem meridian perubatan tradisional China.Baca penerangan dalam Siri 6 →
- Eight Extraordinary Vessels
- Lapan laluan tambahan yang mempunyai fungsi khas dalam teori perubatan China. Antaranya Ren Mai dan Du Mai.Baca penerangan dalam Siri 6 →
- Ren Mai (任脈) / Conception Vessel
- Salah satu Eight Extraordinary Vessels yang melalui bahagian tengah hadapan tubuh.Baca penerangan dalam Siri 6 →
- Du Mai (督脈) / Governing Vessel
- Salah satu Eight Extraordinary Vessels yang melalui bahagian tengah belakang tubuh.Baca penerangan dalam Siri 6 →
Glosari
Tradisi India
Istilah yang sering dibandingkan dengan peta tubuh China, tetapi berasal daripada sejarah dan sistem yang berbeza.
- Nāḍī
- Laluan tenaga halus dalam beberapa tradisi India. Ia mempunyai sedikit persamaan dari segi gambaran dengan meridian China, tetapi kedua-duanya berasal daripada sistem yang berbeza.Baca penerangan dalam Siri 6 →
- Prāṇa
- Konsep India tentang daya atau nafas kehidupan. Ia sering dibandingkan dengan Qi, tetapi kedua-duanya tidak semestinya perkara yang sama.Baca penerangan dalam Siri 6 →
- Ida
- Salah satu Nāḍī utama yang biasanya dikaitkan dengan sifat sejuk, lunar dan bahagian kiri.Baca penerangan dalam Siri 6 →
- Pingala
- Salah satu Nāḍī utama yang biasanya dikaitkan dengan sifat panas, solar dan bahagian kanan.Baca penerangan dalam Siri 6 →
- Sushumna
- Laluan tengah yang sangat penting dalam beberapa sistem Yoga dan Kundalini. Ia tidak boleh terus dianggap sama dengan saraf tunjang.Baca penerangan dalam Siri 6 →
- Kundalini
- Konsep dalam beberapa tradisi India mengenai kuasa transformasi dalaman yang dikatakan boleh dibangkitkan melalui latihan tertentu. Kita akan membincangkannya lebih mendalam dalam siri kemudian.Baca penerangan dalam Siri 6 →
Glosari
Alkimia dan Transformasi
Bahasa alkimia yang mengubah cultivation daripada sekadar mengumpulkan Qi kepada proses mengolah manusia dari dalam.
- Waidan (外丹) / External Alchemy
- Alkimia luaran China. Pengamal menggunakan bahan seperti mineral dan logam untuk menghasilkan sesuatu yang dianggap sebagai elixir.Baca penerangan dalam Siri 7 →
- Neidan (內丹) / Internal Alchemy
- “Alkimia dalaman”. Berbeza daripada membuat elixir di luar tubuh, manusia sendiri menjadi tempat proses latihan dan transformasi berlaku.Baca penerangan dalam Siri 7 →
- Jindan (金丹) / Golden Elixir
- “Elixir Emas”. Dalam Internal Alchemy, ia berkaitan dengan hasil transformasi dalaman dan jangan terus dibayangkan sebagai bola emas fizikal di dalam perut.Baca penerangan dalam Siri 7 →
- Refinement
- Proses mengolah atau memurnikan sesuatu. Dalam cultivation, idea pentingnya ialah bukan sekadar menambah lebih banyak Qi, tetapi mengubah keadaan atau kualitinya.Baca penerangan dalam Siri 7 →
- Jing → Qi → Shen
- Salah satu gambaran proses transformasi dalam Internal Alchemy: Jing diolah menuju Qi, Qi menuju Shen, dan proses diteruskan lebih jauh dalam sistem tertentu.Baca penerangan dalam Siri 7 →
- Reversal (Nì 逆)
- Idea bahawa cultivation bukan hanya mendapatkan lebih banyak perkara, tetapi juga “kembali” menuju keadaan yang dianggap lebih asal.Baca penerangan dalam Siri 7 →
- Bioenergi
- Dalam siri ini, Bioenergi merujuk kepada sistem moden yang turut mempunyai penerangan tentang tenaga dan tubuh. Apabila digunakan, kita akan bezakan Model Bioenergi daripada teori tradisional China dan penjelasan sains moden.Baca penerangan dalam Siri 6 →

