Servis Bioenergi Rasmi · Malaysia
← Kembali ke Siri Kultivasi

Kultivasi · Artikel Khas

Cultivator Masih Wujud Hari Ini?

Artikel Khas KULTIVASI — Cultivator Masih Wujud Hari Ini?

Glosari KULTIVASI — semak maksud istilah →

Selepas sembilan siri kita bercakap tentang Qi, Jing, Shen, Dantian, Meridian, Internal Alchemy dan Golden Elixir...

mungkin ada satu soalan yang patut kita berhenti sekejap untuk tanya.

Semua ini masih diamalkan hari ini?

Atau kita sebenarnya sedang menyelongkar dunia lama yang sudah pupus?

Kalau pergi ke China sekarang, masih adakah manusia yang benar-benar melakukan apa yang boleh kita panggil sebagai cultivation?

Bagaimana pula dengan Shaolin? Qigong? Taijiquan? Pengamal Daoisme? Pengamal Neidan?

Dan kalau kita pandang lebih dekat kepada rantau sendiri...

bagaimana dengan Silat, tenaga dalam, latihan pernafasan dan kebatinan di Nusantara?

Lebih penting lagi...

kalau seseorang melakukan latihan seperti ini selama bertahun-tahun, apa sebenarnya yang dia dapat?

Adakah sekadar tubuh lebih sihat?

Atau manusia memang boleh membangunkan sesuatu yang tidak dimiliki oleh orang yang tidak pernah melalui latihan tersebut?

Mari kita cari.

MULA-MULA, SIAPA SEBENARNYA “CULTIVATOR”?

Di sinilah fiksyen telah banyak mempengaruhi imaginasi kita.

Dalam xianxia, cultivator mudah dikenali.

Dia mengumpulkan Qi. Menguatkan Dantian. Membuka meridian.

Kemudian naik: Qi Refinement. Foundation Establishment. Golden Core. Nascent Soul. Dan seterusnya.

Dunia sebenar jauh lebih berselerak.

Tidak ada satu organisasi antarabangsa yang mengeluarkan kad: “Certified Cultivator.”

Malah perkataan cultivator yang kita gunakan sepanjang siri ini lebih sesuai dianggap sebagai istilah payung moden untuk membantu kita membincangkan pelbagai bentuk self-cultivation.

Dalam sejarah sebenar, manusia mengolah diri melalui pelbagai jalan.

Ada yang melatih tubuh. Ada yang melatih nafas. Ada yang mengejar kesihatan. Ada yang melatih perhatian dan minda. Ada yang mengembangkan kemahiran bela diri. Ada yang menekankan disiplin dan akhlak. Ada yang bermeditasi. Ada yang mengejar tujuan spiritual. Dan ada pula yang mengamalkan Internal Alchemy.

Sebab itu, daripada bertanya:

Adakah orang ini cultivator?

lebih berguna kita bertanya:

Apa sebenarnya yang sedang dia cultivate?

Dengan soalan itu, dunia cultivation sebenar mula kelihatan.

SHAOLIN — CULTIVATOR?

Shaolin memang nyata.

Tradisi monastik, Chan dan latihan bela diri Shaolin bukan ciptaan novel kungfu.

Tetapi Shaolin sebenar juga bukan Shaolin yang kita lihat dalam filem.

Seorang pengamal seni bela diri yang berlatih bertahun-tahun boleh membangunkan kekuatan, koordinasi, kelajuan, fleksibiliti, daya tahan, timing dan kemahiran motor yang jauh melebihi orang yang tidak pernah berlatih.

Jadi apabila kita melihat sesuatu demonstrasi fizikal yang kelihatan luar biasa, jangan terlalu cepat memilih penjelasan supernatural.

Tubuh manusia sendiri boleh menjadi sangat luar biasa apabila dilatih secara serius.

Tetapi dalam konteks Shaolin, latihan bela diri juga boleh berada bersama disiplin Chan dan latihan minda.

Dalam pengertian self-cultivation yang luas, kita memang boleh melihatnya sebagai satu bentuk cultivation.

Cuma:

Shaolin ≠ Neidan.

Jangan campurkan dua tradisi hanya kerana kedua-duanya muncul dalam cerita kungfu.

WUSHU DAN KUNGFU PULA?

Tidak semua pengamal seni bela diri ialah cultivator.

Seseorang boleh berlatih Wushu untuk pertandingan, persembahan, kecergasan, pertahanan diri atau semata-mata kerana dia menyukai seni bela diri.

Tetapi sesetengah tradisi bela diri memang mempunyai latihan pernafasan, perhatian terhadap tubuh dan apa yang sering diterangkan sebagai internal training.

Sebab itulah istilah seperti inner power, Qi, Dantian dan internal strength tidak muncul sepenuhnya daripada imaginasi penulis novel.

Ada latar budaya dan latihan sebenar di belakang sebahagian bahasa tersebut.

Fiksyen kemudian mengambilnya dan membawanya jauh lebih ekstrem.

TAIJIQUAN — DI SINI KITA BOLEH MULA MENGUKUR

Taijiquan sangat menarik kerana ia boleh berada dalam beberapa dunia serentak.

Seni bela diri. Latihan kesihatan. Latihan pergerakan dan pernafasan. Dan bagi sesetengah pengamal, latihan dalaman.

Tetapi sekarang kita mempunyai sesuatu yang orang zaman dahulu tidak mempunyai: kajian klinikal moden.

Ringkasan bukti oleh National Center for Complementary and Integrative Health menunjukkan Tai Chi mungkin membantu keseimbangan dan pencegahan jatuh, khususnya dalam kalangan orang lebih berusia serta beberapa kumpulan klinikal.

Perhatikan sesuatu.

Kajian seperti ini tidak perlu membuktikan: “Qi ialah sejenis tenaga fizikal yang telah dikenal pasti.”

Sebaliknya, penyelidik boleh mengukur perkara seperti keseimbangan, cara berjalan, fungsi fizikal dan risiko jatuh.

Ini perbezaan yang akan menjadi sangat penting sepanjang projek kita.

Sesuatu latihan tradisional boleh menghasilkan kesan yang boleh diukur tanpa keseluruhan penerangan metafizik di belakangnya turut terbukti.

QIGONG — MASIH HIDUP, BUKAN TINGGAL DALAM KITAB

Qigong juga masih diamalkan dalam pelbagai bentuk.

Baduanjin. Wuqinxi. Yijinjing. Liuzijue. Dan banyak lagi.

Tetapi seperti yang kita sudah pelajari dalam Siri 2, Qigong bukan satu sistem cultivation purba yang kekal dalam bentuk yang sama sejak ribuan tahun dahulu.

Komponen latihannya mempunyai akar yang jauh lebih tua, tetapi Qigong sebagai kategori moden mempunyai sejarah pembentukan dan penyusunan semulanya sendiri.

Qigong hari ini juga mempunyai pelbagai tujuan: kesihatan, pergerakan, pernafasan, latihan bela diri dan self-cultivation.

Sebab itu:

Qigong ≠ satu sistem cultivation universal.

Penyelidikan terhadap Qigong menunjukkan manfaat bagi sesetengah hasil tertentu, tetapi kekuatan bukti tidak sama untuk semua keadaan dan banyak dakwaan masih memerlukan kajian yang lebih baik.

Jadi jangan pula kita melompat kepada: “Qigong terbukti menyembuhkan semua penyakit.”

ADA SATU “KELEBIHAN” YANG JARANG KITA FIKIRKAN

Bayangkan seseorang melakukan latihan dalaman selama 20 tahun.

Setiap hari dia memerhatikan nafas, postur, ketegangan, pergerakan, sensasi halus dalam tubuh dan perubahan keadaan minda.

Perkara yang kita langsung tidak sedari mungkin sudah menjadi sangat jelas kepadanya.

Sains moden mempunyai satu konsep yang relevan di sini: interoception.

Secara mudah, ia merujuk kepada proses kita mengesan dan mentafsir keadaan dalaman tubuh sendiri. Penyelidikan interoception turut merangkumi bagaimana isyarat dalaman itu disepadukan dan diwakili.

Ini tidak membuktikan Qi.

Tetapi ia memberikan satu kemungkinan yang sangat menarik.

Apabila seorang pengamal berkata: “Saya boleh rasa sesuatu bergerak di dalam tubuh,” kita tidak semestinya perlu memilih antara dua ekstrem:

“Dia mengarut.”

atau

“Itu pasti Qi metafizik.”

Latihan perhatian terhadap tubuh sendiri mungkin menjadi sebahagian daripada penjelasannya.

Apa sebenarnya sensasi tersebut dan bagaimana ia patut ditafsirkan ialah persoalan yang berasingan.

DAOIST CULTIVATION MASIH WUJUD?

Ya.

Meditasi bukan sekadar sesuatu yang pernah dilakukan oleh pengamal Daoisme zaman dahulu.

Pelbagai bentuk meditasi Daoisme masih diamalkan, termasuk tradisi yang berkaitan dengan Internal Alchemy atau Neidan.

Seperti yang kita sudah lihat dalam siri sebelumnya, Neidan berkembang dalam sejarah Daoisme dan kemudiannya menjadi salah satu bentuk penting dalam tradisi cultivation dalaman.

Tetapi:

Pengamal Daoisme ≠ automatik pengamal Neidan.

Daoisme mempunyai banyak bentuk kehidupan dan amalan. Begitu juga Neidan. Tidak ada satu manual tunggal yang mewakili semua aliran.

NEIDAN — INILAH ANTARA YANG PALING DEKAT

Kalau kita mencari manusia sebenar yang paling dekat dengan maksud internal cultivator yang sedang kita kaji, pengamal Neidan memang antara contoh yang paling jelas.

Di sinilah konsep yang sudah kita jumpa sebelum ini benar-benar menjadi sebahagian daripada sistem transformasi diri: Jing, Qi, Shen, Dantian, Refinement dan Golden Elixir.

Tetapi matlamatnya bukan semestinya: “Bagaimana hendak mendapatkan lebih banyak kuasa?”

Dalam pelbagai kerangka Neidan, kita bertemu persoalan tentang Nature, Life, minda, return, refinement dan transcendence. Kajian Fabrizio Pregadio menunjukkan Neidan terus mempunyai pelbagai lineage, ajaran dan amalan serta tidak pernah menjadi satu sistem tunggal.

Jadi cultivation dunia sebenar sudah mula kelihatan jauh berbeza daripada game.

BAGAIMANA PULA DENGAN NUSANTARA?

Kalau cultivation kita fahami secara luas sebagai usaha manusia mengolah dirinya melalui latihan yang disengajakan, Nusantara sebenarnya tidak asing dengan idea tersebut.

Cuma nenek moyang kita tidak menggunakan perkataan cultivation.

Kita lebih biasa mendengar tentang Silat, Pencak Silat, latihan pernafasan, tenaga dalam, ilmu batin, kebatinan, semedi, tapa, tirakat dan pelbagai bentuk latihan jasmani serta spiritual.

Tetapi berhati-hati.

Semua ini bukan satu sistem yang sama.

SILAT — BUKAN SEKADAR BELAJAR BERGADUH

Ini sangat dekat dengan kita di Malaysia.

Silat berakar di Alam Melayu dan bukan sekadar teknik mempertahankan diri.

Dalam dokumentasi warisan UNESCO tentang Silat Malaysia, Silat diterangkan sebagai amalan latihan fizikal dan spiritual yang turut merangkumi pakaian Melayu tradisional, alat muzik dan adat.

Jadi Silat tradisional tidak semestinya berhenti pada cara menumbuk, menendang atau menjatuhkan lawan.

Bergantung kepada perguruan, latihan boleh mempunyai dimensi pembentukan diri yang jauh lebih luas.

Di sinilah ia boleh bertemu dengan pengertian luas self-cultivation.

Tetapi:

Silat ≠ Neidan.

Kita sedang membandingkan struktur usaha mengubah manusia, bukan mengatakan kedua-dua tradisi mempunyai konsep atau worldview yang sama.

PENCAK SILAT DI INDONESIA LEBIH JELAS LAGI

Dalam dokumentasi UNESCO mengenai Traditions of Pencak Silat, Pencak Silat diterangkan melalui dimensi mental-spiritual, pertahanan diri, seni dan sukan.

Pengamalnya juga dididik untuk menjaga hubungan dengan Tuhan, manusia dan alam.

Sekarang kita mula nampak satu pola.

Seni bela diri tidak semestinya bertanya hanya: “Bagaimana saya boleh mengalahkan orang?”

Ia juga boleh bertanya: “Manusia bagaimana yang mahu dibentuk melalui latihan ini?”

Itu sudah sangat dekat dengan persoalan cultivation.

TENAGA DALAM, OLAH NAFAS DAN ILMU BATIN

Di sinilah perbandingan menjadi semakin menarik.

Dalam dunia Nusantara terdapat perguruan yang menggunakan bahasa tenaga dalam.

Ada latihan pernafasan. Ada latihan tubuh. Ada konsentrasi. Ada latihan kepekaan. Ada pula sistem yang memasukkan ritual atau amalan spiritual.

Tetapi kita tidak boleh mengumpulkan semuanya lalu berkata: “Inilah sistem cultivation Nusantara.”

Tidak ada satu sistem universal seperti itu.

Perguruan yang berbeza mempunyai kaedah, worldview dan matlamat yang berbeza.

Dan satu lagi perkara penting:

TENAGA DALAM ≠ QI

Sekurang-kurangnya kita belum mempunyai asas untuk mengatakan kedua-duanya ialah perkara yang sama.

Mungkin terdapat pengalaman yang kelihatan serupa. Mungkin terdapat teknik yang boleh dibandingkan.

Tetapi pengalaman yang serupa tidak semestinya bermaksud konsep yang sama.

KEJAWEN DAN KEBATINAN

Di Jawa pula kita bertemu dunia Kejawen dan aliran kebatinan.

Dalam pelbagai tradisi ini, kita boleh menemui usaha mengolah kehidupan dalaman manusia serta hubungan manusia dengan dunia spiritual dan kosmos.

Di sekitar dunia yang luas ini kita juga bertemu istilah seperti semedi, tapa, tirakat, olah batin dan pengendalian diri.

Tetapi sekali lagi, jangan jadikan semua Kejawen sebagai satu sistem cultivation.

Ia mempunyai sejarah, aliran dan pengaruh yang kompleks.

APA YANG MENARIK TENTANG TIRAKAT?

Lupakan persoalan metafizik sebentar.

Lihat manusia yang melakukannya.

Seseorang mungkin berpuasa, berdiam diri, mengurangkan keselesaan, mengawal keinginan, mengulang sesuatu amalan, bermeditasi, mengasingkan diri untuk suatu tempoh atau melatih perhatian.

Daripada perspektif tradisi, setiap amalan mempunyai makna dan tujuan tersendiri.

Tetapi daripada perspektif projek kita, timbul satu soalan besar:

Apa yang latihan berulang seperti ini lakukan kepada manusia?

Tubuhnya? Perhatiannya? Emosinya? Persepsinya? Disiplinnya? Pengalaman kesedarannya?

Sekarang kita sudah tidak lagi menyiasat China.

Kita sedang menyiasat manusia.

CULTIVATION KONTEMPORARI PULA?

Ada satu lagi kategori yang tidak patut kita abaikan.

Cultivation tidak semestinya berlaku di gunung. Tidak semestinya dalam biara. Dan tidak semestinya datang daripada sistem yang berusia seribu tahun.

Sistem cultivation kontemporari juga wujud.

Saya sendiri bukan mengkaji semua ini hanya sebagai pemerhati dari luar.

Saya pernah menjalani satu sistem cultivation kontemporari berasaskan Bioenergy dan Kundalini, dengan progression tersendiri sehingga Fasa 32.

Dan sistem yang saya pelajari tidak berhenti pada meditasi atau sekadar merasakan tenaga.

Ia mempunyai model perkembangan dan kemampuan yang jauh lebih luas.

Sebagai contoh, guru saya pernah membandingkan perkembangan cultivation dengan tahap seperti:

Qi Awakening — peringkat permulaan awakening.

Qi Circulation — Kundalini sudah aktif sehingga Qi boleh mula diedarkan.

Foundation Building — Kundalini mencapai otak dan proses perkembangan seterusnya bermula; dalam model ini ia turut dikaitkan dengan keadaan Qi yang menyelubungi tubuh.

Kemudian masuk bahagian yang mungkin membuat anda mengangkat kening.

Jindan / Golden Core — dikaitkan dengan kemampuan membangunkan apa yang disebut sebagai virtual assistant.

Nascent Soul — dikaitkan dengan kemampuan projection.

Shen Development — dikaitkan dengan perkembangan kemampuan seperti psychokinesis.

Integration / Unity — dibandingkan dengan satu tahap perkembangan Kundalini yang lebih lanjut dalam sistem tersebut.

Dan akhirnya, Transcendence — dalam model guru saya, dikaitkan dengan keadaan meninggalkan tubuh atau kematian.

Adakah ini bermaksud Jindan dalam historical Neidan memang menghasilkan virtual assistant?

Tidak.

Adakah Nascent Soul dalam tradisi Daoisme semestinya bermaksud projection?

Tidak juga.

Dan adakah psychokinesis sudah terbukti secara saintifik hanya kerana ia menjadi sebahagian daripada sasaran latihan sesuatu sistem?

Tidak.

Semua itu ialah MODEL dan DAKWAAN dalam sistem cultivation yang saya pelajari.

Tetapi ada satu sebab saya tidak mahu menyembunyikannya.

Kami memang melakukan latihan ke arah perkembangan tersebut.

Jadi apabila kita sampai kepada bahagian cultivation kontemporari nanti, saya tidak mahu sekadar bertanya kepada orang lain: “Betul ke manusia boleh melakukan semua ini?”

Saya sendiri berada dalam salah satu sistem yang cuba meneroka kemungkinan tersebut melalui latihan.

Sebab itu nanti kita boleh mengambil setiap tahap dan kemampuan tersebut satu demi satu.

Apa sebenarnya latihannya? Apa yang guru katakan sepatutnya berlaku? Apa yang saya sendiri alami? Apa yang berjaya dilakukan? Apa yang belum berjaya? Apa yang mungkin mempunyai penjelasan lain? Dan apa yang boleh diuji secara lebih objektif?

Saya tidak menjanjikan bahawa semua dakwaan itu akhirnya akan terbukti.

Tetapi saya juga tidak mahu menolaknya sebelum kita menyiasatnya.

Kerana kalau persoalan besar siri ini ialah “Sejauh mana manusia boleh berubah?”, maka kemampuan yang paling sukar dipercayai sekalipun patut sekurang-kurangnya berani kita periksa.

JADI APA KELEBIHAN SEORANG CULTIVATOR?

Kalau seseorang berlatih 10 tahun, 20 tahun atau 40 tahun, apa yang mungkin berubah pada dirinya berbanding orang yang tidak melalui latihan tersebut?

Untuk beberapa jenis latihan, kita mempunyai hasil yang boleh diukur.

Keseimbangan boleh meningkat. Koordinasi dan kondisi fizikal boleh berubah. Perhatian boleh dilatih. Kesedaran terhadap tubuh boleh menjadi lebih halus.

Sesetengah hasil berkaitan kesihatan juga menunjukkan manfaat dalam kajian Tai Chi dan Qigong.

Tetapi tradisi dan dakwaan para pengamal pergi jauh melepasi semua itu.

Kita akan bertemu dakwaan tentang inner power, sensitiviti terhadap Qi atau tenaga, ketahanan tubuh luar biasa, kemampuan healing, intuisi yang sangat tajam, sixth sense, longevity, projection dan pelbagai kemampuan yang hari ini akan kita kategorikan sebagai paranormal.

Adakah semua itu benar?

Kita belum tahu.

Dan saya tidak mahu merosakkan penyiasatan ini dengan memberikan jawapan sebelum melihat buktinya.

Sebaliknya, nanti kita akan bertanya satu demi satu:

Apa yang didakwa? Siapa yang mengalaminya? Boleh diuji? Boleh diulang oleh orang lain? Ada penjelasan alternatif? Apa yang sains boleh terangkan? Dan apa yang masih tidak dapat kita tentukan?

INILAH GARIS YANG KITA TIDAK AKAN LINTASI

Sepanjang siri ini kita akan membezakan empat perkara:

TRADISI
Apa yang sesuatu tradisi ajarkan.

PENGALAMAN
Apa yang seseorang pengamal mengatakan dia alami.

DAKWAAN / MODEL
Bagaimana sesuatu sistem menerangkan pengalaman atau kemampuan tersebut.

SAINS
Apa yang setakat ini boleh diuji dan disokong melalui bukti.

Keempat-empatnya boleh berada dalam perbincangan yang sama.

Tetapi keempat-empatnya bukan perkara yang sama.

Ini membolehkan kita terbuka kepada kemungkinan tanpa menjadi terlalu mudah percaya.

Dan bersikap kritikal tanpa menolak sesuatu semata-mata kerana kita belum memahaminya.

JADI... CULTIVATOR MASIH WUJUD?

Selepas semua ini, saya rasa jawapannya perlu sedikit diperbetulkan.

Bukan: “Ya, cultivator seperti dalam xianxia masih ada.”

Lebih tepat:

AMALAN SELF-CULTIVATION MASIH HIDUP.

Di China. Di Nusantara. Dan dalam sistem kontemporari.

Ada manusia yang melatih tubuh. Ada yang melatih nafas. Ada yang melatih minda. Ada yang melatih kemahiran bela diri. Ada yang mengolah batin. Ada yang mengejar kesihatan. Ada yang mencari transformasi spiritual.

Dan ada yang mendakwa latihan mereka menghasilkan kemampuan yang jauh melebihi manusia biasa.

Mereka tidak menggunakan peta yang sama. Mereka tidak semestinya mempercayai perkara yang sama. Dan kita tidak boleh mencampurkan semuanya menjadi satu sistem.

Tetapi mereka berkongsi satu idea yang sangat tua:

manusia tidak semestinya kekal seperti keadaannya sekarang.

Manusia boleh dilatih. Dibentuk. Dikuatkan. Ditenangkan. Dipertajam.

Dan mungkin...

diubah jauh lebih daripada yang kita sangka.

SEKARANG SOALANNYA SUDAH BERUBAH

Pada awal artikel ini kita bertanya: “Cultivator masih wujud hari ini?”

Tetapi selepas melihat semua ini, soalan itu sudah tidak cukup menarik.

Saya lebih ingin tahu:

Apa yang berlaku kepada seseorang selepas dia cultivate selama 20 atau 40 tahun?

Sejauh mana tubuh boleh berubah? Sejauh mana minda boleh dilatih? Bolehkah deria menjadi lebih tajam? Bolehkah manusia menjadi jauh lebih sensitif terhadap tubuh dan persekitarannya?

Bagaimana dengan tenaga dalam? Qi? Intuisi? Sixth sense? Longevity? Extraordinary abilities?

Dan jika kemampuan manusia memang boleh berkembang, di manakah sebenarnya hadnya?

Untuk sesetengah perkara kita sudah mempunyai bukti.

Untuk yang lain kita mempunyai tradisi dan pengalaman.

Dan untuk dakwaan paling luar biasa, penyiasatan kita baru sahaja bermula.

Kerana akhirnya, semua jalan ini membawa kita kembali kepada satu soalan:

SEJAUH MANA MANUSIA SEBENARNYA BOLEH BERUBAH?

Selepas persinggahan ini, kita kembali kepada Internal Alchemy.

Dalam Siri 9, Golden Elixir membawa kita kepada satu gambaran yang lebih aneh.

Dalam beberapa teks Neidan, sesuatu digambarkan seolah-olah dikandung, dipelihara dan akhirnya “dilahirkan”.

Tetapi adakah sesuatu benar-benar terbentuk di dalam tubuh? Adakah ini tahap cultivation yang seterusnya? Atau kita sekali lagi sedang membaca bahasa alkimia terlalu literal?

Siri 10 — Alchemical Embryo: Apa yang Cuba “Dilahirkan” oleh Seorang Cultivator?