Servis Bioenergi Rasmi · Malaysia
← Kembali ke Siri Kultivasi

Kultivasi · Siri 9

Golden Elixir: Apakah “Emas” yang Dicari oleh Internal Alchemy?

Kultivasi Siri 9 — Golden Elixir dan makna Jindan dalam Internal Alchemy

Glosari KULTIVASI — semak maksud istilah →

Golden Elixir.

Kalau pertama kali mendengar nama ini, apa yang anda bayangkan?

Sebiji pil emas?

Bebola tenaga yang terbentuk di dalam Dantian?

Atau sesuatu seperti Golden Core yang selalu muncul dalam cerita cultivation?

Persoalan ini sebenarnya muncul secara semula jadi daripada Siri 8.

Kita baru melihat satu proses yang sangat terkenal dalam Internal Alchemy:

Jing → Qi → Shen

Sesuatu diolah. Dimurnikan. Dikembalikan menuju keadaan yang dianggap lebih asal.

Jadi kalau proses itu berjaya...

apa sebenarnya yang cuba dicapai?

Di sinilah kita bertemu satu istilah yang sangat penting dalam tradisi alkimia Daoist:

金丹 — JINDAN

Jin 金 — Gold / Emas

Dan 丹 — Elixir

Sebab itulah Jindan biasanya diterjemahkan sebagai:

Golden Elixir.

Tetapi seperti banyak perkara yang kita sudah temui sepanjang penyiasatan ini, namanya mudah mengelirukan kalau dibaca terlalu literal.

KENAPA “GOLD”?

Kenapa mesti emas?

Dalam huraian Fabrizio Pregadio tentang Jindan, Gold bukan sekadar merujuk kepada warna.

Ia boleh melambangkan sesuatu yang tetap dan tidak berubah, berbeza daripada dunia kehidupan yang sentiasa mengalami perubahan.

Fikirkan keadaan manusia.

Tubuh berubah. Emosi berubah. Fikiran berubah.

Kita lahir. Membesar. Menjadi tua. Dan akhirnya mati.

Hampir seluruh kehidupan yang kita kenal berada dalam proses perubahan.

Jadi apabila alkimia bercakap tentang Gold, jangan terus bayangkan sesuatu yang berwarna keemasan terbentuk di dalam tubuh.

“Emas” di sini membawa kita kepada idea yang lebih besar:

sesuatu yang tidak lagi tertakluk kepada perubahan dengan cara yang sama seperti kehidupan biasa.

Dan itu sudah memberi petunjuk bahawa Golden Elixir mungkin bukan sekadar sebuah objek.

BAGAIMANA PULA DENGAN “ELIXIR”?

Perkataan Dan 丹 juga tidak semudah “pil”.

Dalam sejarah alkimia Daoist, dan mempunyai medan makna yang lebih luas dan boleh membawa pengertian seperti essence, sesuatu yang paling asas, atau sesuatu yang berkaitan dengan hakikat sebenar sesuatu.

Tetapi memang ada sebab kenapa perkataan “elixir” begitu kuat melekat padanya.

Kita pernah melihat dalam Siri 7 bahawa sebelum Internal Alchemy berkembang, terdapat:

Waidan — External Alchemy.

Dalam Waidan, alchemist benar-benar bekerja dengan bahan fizikal.

Mineral. Logam. Furnace. Vessel. Api. Dan elixir.

Tetapi apabila kita masuk ke dunia:

Neidan — Internal Alchemy

bahasa alkimia itu digunakan dalam konteks transformasi dalaman.

Kita masih bertemu istilah seperti furnace, cauldron, fire, medicine, Lead, Mercury dan Elixir.

Tetapi ini tidak bermaksud ada sebuah makmal kecil lengkap dengan dapur di dalam perut cultivator.

Bahasa alkimia digunakan untuk menerangkan proses yang jauh lebih kompleks.

Sebab itulah analogi kita dalam Siri 7 masih berguna:

Dalam External Alchemy, manusia bekerja di dalam makmal.

Dalam Internal Alchemy, manusia sendiri seolah-olah menjadi makmalnya.

Walaupun sejarah sebenar Neidan lebih kompleks daripada sekadar memindahkan External Alchemy ke dalam tubuh.

JADI APA SEBENARNYA GOLDEN ELIXIR?

Di sinilah jawapannya menjadi menarik.

Kita tidak boleh membuka satu kitab Daoist dan menemui satu definisi universal seperti:

Golden Elixir ialah benda X yang terbentuk di tempat Y selepas melakukan latihan Z.

Internal Alchemy berkembang melalui pelbagai teks, tokoh dan aliran.

Sebab itu Jindan juga diterangkan dengan cara yang berbeza.

Dalam sesetengah konteks ia dikaitkan dengan Unity.

Dalam konteks lain dengan sesuatu yang disebut Precelestial Breath.

Ada pula penerangan yang menghubungkannya dengan Inner Nature.

Dan ada juga bahasa yang menggambarkan penyatuan kembali sesuatu yang sebelumnya berada dalam keadaan terpisah.

Ini sangat penting.

Kerana ia menunjukkan bahawa Golden Elixir tidak semestinya sebuah objek.

Ia juga boleh menjadi bahasa untuk menerangkan hasil atau keadaan daripada suatu proses transformasi.

Sekarang barulah apa yang kita bincangkan dalam Siri 8 mula mendapat makna yang lebih besar.

JING → QI → SHEN... UNTUK APA?

Dalam Siri 8 kita melihat satu idea penting dalam Internal Alchemy:

reversal.

Secara ringkas, bukannya sekadar mengumpulkan semakin banyak “tenaga”, cultivator cuba melakukan suatu proses pengembalian.

Daripada keadaan yang semakin terpecah...

menuju kepada sesuatu yang dianggap lebih asal.

Jadi Golden Elixir perlu dibaca dalam konteks perjalanan itu.

Bukan:

kumpul Qi → mampatkan Qi → keluar bola emas.

Sekurang-kurangnya bukan begitu mudah kalau kita membaca sumber Internal Alchemy itu sendiri.

Dan di sinilah muncul satu idea yang lebih pelik.

BAGAIMANA KALAU “EMAS” ITU SUDAH ADA?

Seorang tokoh Daoist kemudian bernama Liu Yiming memberikan tafsiran yang sangat menarik tentang Golden Elixir.

Dalam komentarnya terhadap Wuzhen pian, beliau mengaitkan Golden Elixir dengan fundamental Nature manusia.

Dalam kerangka pemikirannya...

Golden Elixir pada asasnya sudah lengkap dalam diri manusia.

Ini membalikkan cara kita biasa membayangkan cultivation.

Kita selalu fikir:

belum ada → berlatih → mendapat.

Tetapi bagaimana kalau prosesnya ialah:

sudah ada → tersembunyi → berlatih → menyedari?

Bayangkan emas yang masih berada di dalam batu.

Batu itu dipecahkan. Bahan lain dipisahkan. Emas dimurnikan. Akhirnya emas itu kelihatan.

Adakah proses tersebut mencipta emas?

Tidak.

Ia menyingkap sesuatu yang sudah berada di situ.

Dalam tafsiran seperti ini, cultivation bukan semata-mata usaha menambah sesuatu kepada manusia.

Ia juga boleh menjadi usaha kembali atau merealisasikan sesuatu yang dianggap sudah menjadi asas dirinya.

Dan saya rasa di sinilah Internal Alchemy mula menjadi jauh lebih menarik daripada sekadar cerita tentang “tenaga”.

JADI CULTIVATOR SEBENARNYA SEDANG MENCARI APA?

Pada awal siri ini, cultivation mudah kelihatan seperti usaha mendapatkan sesuatu.

Lebih banyak Qi. Tubuh lebih kuat. Umur lebih panjang. Deria lebih tajam. Tenaga dalaman lebih besar. Mungkin juga kemampuan yang dianggap luar biasa.

Semua dakwaan itu memang penting.

Dan kita akan menyiasatnya satu demi satu apabila sampai kepada persoalan besar:

Apa yang cultivation benar-benar boleh lakukan kepada manusia?

Kita akan lihat apa yang dikatakan oleh tradisi. Apa yang dilaporkan melalui pengalaman pengamal. Apa yang mungkin boleh diterangkan melalui tubuh dan minda manusia. Dan apa yang benar-benar mempunyai sokongan saintifik.

Tetapi buat masa sekarang, Neidan sedang menunjukkan satu kemungkinan lain.

Mungkin perkembangan manusia bukan hanya tentang:

apa yang kita boleh dapat.

Tetapi juga:

apa yang boleh berubah dalam diri kita.

Dan dalam sesetengah tafsiran...

apa yang boleh kita sedari tentang diri kita sendiri.

ADAKAH GOLDEN ELIXIR BENAR-BENAR TERBENTUK DALAM TUBUH?

Kalau yang dimaksudkan ialah sebuah objek fizikal bernama Golden Elixir yang boleh ditemui secara anatomi di dalam Dantian...

setakat ini, tiada bukti saintifik untuk perkara tersebut.

Tetapi kita juga tidak sepatutnya terus membaca bahasa Internal Alchemy seperti membaca buku anatomi moden.

Jindan datang daripada kerangka alkimia, kosmologi dan cultivation yang mempunyai bahasanya sendiri.

Kita perlu memahami apa yang dimaksudkan oleh tradisi itu terlebih dahulu.

Kemudian barulah kita boleh bertanya:

bahagian mana yang merupakan simbol?

Bahagian mana yang menggambarkan pengalaman?

Dan bahagian mana, kalau ada, yang boleh diuji pada manusia?

Itulah cara kita akan terus menyiasat cultivation sepanjang siri ini.

TETAPI ADA SATU LAGI GAMBARAN YANG LEBIH PELIK

Golden Elixir tidak selalu diterangkan menggunakan satu jenis bahasa sahaja.

Dalam sebahagian teks dan penerangan Internal Alchemy, kita mula bertemu satu gambaran yang sangat menarik:

Infant. Embryo.

Sesuatu seolah-olah...

dikandung.

Dipelihara.

Membesar.

Dan akhirnya “dilahirkan.”

Malah kita akan bertemu gambaran tentang sesuatu seperti:

“a person outside one's person.”

Apa sebenarnya yang sedang cuba diterangkan?

Adakah Alchemical Embryo merupakan tahap lain selepas Golden Elixir?

Atau sebenarnya ia merupakan cara lain untuk menggambarkan proses dan hasil transformasi dalaman yang saling berkaitan?

Dan yang lebih penting...

bagaimanakah gambaran pelik tentang “janin” ini akhirnya boleh mengingatkan kita kepada sesuatu yang sangat terkenal dalam cerita cultivation moden?

Nascent Soul.

Adakah kedua-duanya benar-benar perkara yang sama?

Atau fiction telah mengubah idea lama menjadi sesuatu yang sangat berbeza?

Kita belum akan membuat kesimpulan.

Kita siasat dahulu asalnya.

Kita sambung dalam Siri 10 — Alchemical Embryo: Apa yang Cuba “Dilahirkan” oleh Seorang Cultivator?